Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463404
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Juliana Wan Ahmad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Ridzuwan Endot (P69559)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:24:23Z-
dc.date.available2023-09-25T09:24:23Z-
dc.date.issued2015-01-31-
dc.identifier.otherukmvital:81378-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463404-
dc.descriptionSatu kajian telah dijalankan untuk menentukan komposisi liana, membandingkan kepelbagaian liana dan menganggarkan biojisim liana dalam hutan dara dan hutan dibalak terpulih di Hutan Simpan Berembun. Tiga lokasi di hutan tanah rendah Hutan Simpan Berembun yang berbeza daripada segi regim pengurusan liana iaitu Blok A (satu kali pemotongan), Blok B (dua kali pemotongan) dan Blok C (tiada pemotongan; kawalan) dipilih sebagai lokasi kajian. Setiap lokasi ditubuhkan satu blok kajian yang mengandungi empat plot bersaiz 50 m x 50 m yang dibina bersudut tepat dengan kecerunan tanah. Semua liana bersaiz 1.0 cm dan ke atas dibanci mengikut protokol membanci liana. Sejumlah 701 individu, 31 famili, 65 genus dan 124 spesies liana direkodkan. Bilangan spesies mengikut blok ialah 74 spesies di Blok A, 71 spesies di Blok B dan 68 spesies di Blok C. Spesies paling banyak direkodkan dalam famili Annonaceae diikuti oleh Leguminosae, Connaraceae, Apocynaceae dan Rubiaceae. Struktur dirian liana di Hutan Simpan Berembun menunjukkan 81.17% daripada keseluruhan individu liana mempunyai diameter 1.0 cm hingga 4.9 cm dbh. Daripada segi kepadatan, Blok A direkodkan 228 ind/ha, Blok B 227 ind/ha dan Blok C 246 ind/ha. Analisis hadir-tidak hadir menunjukkan sebanyak 27 spesies dijumpai dalam kesemua blok pengurusan, 61 spesies dalam satu blok pengurusan dan 36 spesies dalam dua blok pengurusan. Manakala Indeks Jaccard menunjukkan nilai kesamaan bagi Blok A dan B, A dan C dan B dan C ialah 0.31, 0.30 dan 0.46. Komposisi famili, genus dan individu tidak berbeza secara signifikan (p < .05) antara Blok A, B dan C. Walau bagaimanapun, komposisi spesies berbeza secara signifikan (p < .05) antara Blok A, B dan C. Spesies terpenting Blok A ialah Bauhinia acuminata (IVί = 26.30%), Blok B ialah Ampelopsis cantoniensis (IVί = 38.70%) dan Blok C ialah Omphalea bracteata (IVί = 80%). Indeks Kepelbagaian Shannon bagi komuniti liana di Hutan Simpan Berembun mengikut Blok A, B dan C menunjukkan nilai masing-masing 3.94, 3.84 dan 3.75. Blok A, B dan C merekodkan jumlah keluasan pangkal bagi individu liana masing-masing ialah 1.52 m2/ha, 1.19 m2/ha dan 1.37 m2/ha. Pada peringkat spesies, penyumbang terbesar keluasan pangkal ialah Bauhinia acuminata (Blok A; 1.26 m2/ha), Ampelopsis cantoniensis (Blok B; 1.29 m2/ha) dan Omphalea bracteata (Blok C; 1.58 m2/ha). Kandungan biojisim liana yang dianggarkan di Blok A dan C menunjukkan nilai tertinggi iaitu 7.05 Mg/ha berbanding Blok B yang menunjukkan nilai terendah iaitu 6.20 Mg/ha. Secara umumnya, Hutan Simpan Berembun menyimpan kepelbagaian liana yang tinggi sama ada dalam kawasan hutan dara atau kawasan hutan yang telah dijalankan rawatan silvikultur pemotongan liana.,Sarjana Sains Botani-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBiojisim liana-
dc.subjectRawatan silvikultur-
dc.subjectHutan dara-
dc.subjectHutan dibalak terpulih-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleStruktur komuniti dan biojisim liana di tiga jenis rawatan silvikultur Hutan Simpan Berembun Negeri Sembilan-
dc.typetheses-
dc.format.pages159-
dc.identifier.barcode002173(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81378+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
666.16 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.