Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463403
Title: | Hidrogel penangkap logam berasaskan kanji daripada Dioscorea hispida Dennst |
Authors: | Nur Airul Ain Ashri (P65959) |
Supervisor: | Mohamad Azwani Shah Mat Lazim, Dr. |
Keywords: | Hidrogel Dioscorea hispida Dennst Perawatan air Pencemaran air Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Nov-2015 |
Description: | Pencemaran air yang disebabkan oleh industri telah menjadi semakin serius. Pelbagai kaedah telah dilakukan untuk menghasilkan bahan penjerap yang cekap dan murah untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam kajian ini, usaha telah dilakukan dengan mensintesis bahan penjerap hidrogel berasaskan kanji yang novel daripada ubi gadung (Dioscorea hispida Dennst). Sebelum sintesis hidrogel dilakukan, kanji yang diekstrak menggunakan kaedah pemendakan dicirikan terlebih dahulu berdasarkan kepada sifatsifat fizikokimianya seperti kandungan amilosa/amilopektin, kandungan lembapan, keupayaan pengikatan air, kelarutan dan kuasa pembengkakan. Selain itu, analisis terma (TGA/DSC), morfologi (SEM) termasuk penentuan saiz partikel (MASTERSIZER) dan struktur kristal (XRD) kanji turut dianalisis. Hidrogel berasaskan kanji telah berjaya disintesis melalui kaedah pempolimeran radikal bebas dengan menggunakan asid akrilik (monomer), N,N'-metilenabisakrilamida (agen taut silang) dan kalium persulfat (pemula radikal). Beberapa parameter seperti kepekatan monomer, agen taut silang dan NaOH telah dioptimumkan. Keputusan telah menunjukkan bahawa parameter-parameter tersebut boleh mempengaruhi ciri-ciri dan prestasi hidrogel yang dihasilkan. Hidrogel dengan 0.02 M MBA, 1 M NaOH dan 1 % kandungan kanji telah didapati mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding dengan sampel hidrogel yang lain. Instrumen seperti FTIR, TGA dan SEM telah digunakan untuk mengesahkan bahawa proses cangkukan telah berlaku. Hasil ujian ketoksikan secara in vivo menggunakan kaedah titisan sel (FHs 74 Int (ATCC® CCL 241 TM) dan embrio ikan kuda belang (Danio rerio) telah mendapati, kedua-dua kaedah memberikan keputusan ketoksikan yang negatif terhadap hidrogel yang diuji. Hidrogel yang dihasilkan telah diuji dan diaplikasikan sebagai penjerap ion logam Cu2+. Parameter seperti kesan pH larutan ion logam, kepekatan awal larutan ion logam, jisim bahan penjerap dan tempoh masa jerapan telah dikaji. Berdasarkan kepada keputusan yang didapati, hidrogel berasaskan kanji telah menunjukkan penjerapan terhadap ion Cu2+ yang lebih tinggi berbanding hidrogel tanpa kanji. Berdasarkan kepada keputusan keseluruhan yang didapati daripada kajian ini, adalah disimpulkan bahawa hidrogel yang diformulasi dengan menggunakan kanji daripada Dioscorea hispida bukan sahaja mesra alam tetapi berpotensi untuk digunakan di dalam perawatan air buangan.,Sarjana Sains |
Pages: | 162 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81377+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 351.01 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.