Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463402
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Nur Hasyareeda Hassan, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurul Nabilah Mohd Radzir (P69846) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:24:19Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:24:19Z | - |
dc.date.issued | 2016-04-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81375 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463402 | - |
dc.description | Tiga jenis sistem elektrolit polimer berasaskan poli(glisidil metakrilat) telah berjaya disediakan melalui kaedah pengacuanan larutan untuk menghasilkan filem. Sistem yang pertama adalah menggunakan poli(glisidil metakrilat) sebagai matriks dengan penambahan garam litium bis(triflorometilsulfonil)imida (LiTFSI) pada komposisi 10 bt.%, 20 bt.%, 30 bt.% dan 40 bt.%. Bagi menguji kebolehan cecair ionik untuk meningkatkan nilai kekonduksian, dua lagi sistem iaitu sistem yang menggunakan cecair ionik telah dihasilkan. 1-butil-3-metilimidazolium bis(triflorometilsulfonil)imida (bmimTFSI) telah ditambah pada komposisi 10 bt.%, 20 bt.%, 30 bt.%, 40 bt.%, 50 bt.%, 60 bt.% dan 70 bt.% ke dalam matriks poli(glisidil metakrilat) sebagai sistem yang kedua manakala sistem yang ketiga pula adalah dengan menggabungkan penggunaan garam LiTFSI pada komposisi 30 bt.% dan cecair ionik bmimTFSI pada komposisi 10 bt.%, 20 bt.%, 30 bt.%, 40 bt.%, 50 bt.% dan 60 bt.% di dalam satu sistem dengan poli(glisidil metakrilat) sebagai matriks. Sistem yang ketiga ini juga dipanggil sebagai sistem dengan binary electrolytes kerana menggunakan dua jenis pembawa cas di dalam satu sistem. Filem yang disediakan telah dianalisis menggunakan spektroskopi fourier transform infra merah (FTIR), pembelau sinar-x (XRD), spektroskopi impedans elektrokimia (EIS) dan mikroskopi imbasan elektron (SEM). Terdapat interaksi di antara ion-ion elektrolit dengan kumpulan berfungsi C=O, C-O-C eter, C-O-C epoksi yang terdapat pada matriks polimer bagi ketiga-tiga jenis sistem. Difraktogram XRD menunjukkan bahawa kehabluran filem berkurangan dengan penambahan garam LiTFSI dan cecair ionik bmimTFSI. Kekasaran morfologi permukaan filem berkurang dan filem yang dihasilkan juga adalah homogen tanpa kewujudan dua fasa berbeza. Penggunaan garam sebagai pembawa cas telah menunjukkan kekonduksian ionik tertinggi pada komposisi 40 bt.%. iaitu 4.96×10-8 S cm-1. Peningkatan kekonduksian ionik di dapati tidak banyak berubah dengan penambahan LiTFSI pada komposisi 30 bt.% hingga 40 bt.% kerana pada komposisi ini berlaku pembentukan pasangan ion Li+ dan TFSI-. Filem menunjukkan mekanisma kekonduksian ionik mematuhi hukum Vogel-Tamman-Fulcher dengan tenaga pengaktifan, Ea menurun dan meningkat semula pada komposisi LiTFSI 40 bt.%. Bagi sistem kedua, kekonduksian ionik tertinggi ialah dengan penambahan bmimTFSI ke dalam matriks pada komposisi 70 bt.% iaitu 1.86×10-6 S cm-1 dan hasil analisis spektra FTIR menunjukkan tiada sebarang kecenderungan berlaku pembentukan pasangan ion walaupun pada penambahan bmimTFSI sehingga 70 bt.%. Filem bagi sistem ketiga pula menunjukkan kekonduksian ionik tertinggi pada komposisi 30 bt.% LiTFSI-50 bt.% bmimTFSI iaitu 2.66×10-6 S cm-1 dengan hasil analisis spektra FTIR menunjukkan penambahan bmimTFSI pada peratus yang berbeza ke dalam sistem elektrolit poli(glisidil metakrilat) dengan komposisi LiTFSI 30 bt.% telah membantu menguraikan pasangan ion yang terbentuk. Kesan peningkatan suhu terhadap nilai kekonduksian ionik menunjukkan bahawa filem bagi sistem kedua dan ketiga mematuhi hukum Arrhennius dengan nilai Ea yang semakin menurun. Hasil kajian menunjukkan sistem dengan binary electrolytes mempunyai kekonduksian ionik yang lebih tinggi berbanding sistem yang ditambah dengan LiTFSI dan bmimTFSI secara tunggal. Penggunaan cecair ionik di dalam penghasilan elektrolit polimer telah menghasilkan filem yang lebih licin dan ini akan membantu meningkatkan sentuhan di antara elektrod dan elektrolit yang baik jika diaplikasikan ke dalam alat elektrokimia.,Sarjana Sains Kimia | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Elektrolit polimer | - |
dc.subject | Cecair ionik | - |
dc.subject | Litium | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penyediaan dan pencirian elektrolit polimer poli (glisidil metakrilat) ditambah dengan litium is(triflorometilsulfonil)imida dan 1-butil-3-metilimidazolium bis (triflorometilsulfonil) imida | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 108 | - |
dc.identifier.barcode | 002170(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81375+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 414.26 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.