Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463399
Title: | Pembangunan bio-nanokomposit hibrid berasaskan appacarrageenan diperkuat tanah liat dan selulosa nanohablur daripada serabut kenaf |
Authors: | Siti Zarina Zakuwan (P62981) |
Supervisor: | Ishak Ahmad, Prof. Dr. |
Keywords: | Penghibridan Tanah liat Selulosa nanohablur Kenaf Dissertations, Academic -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 29-Feb-2016 |
Description: | Penghibridan antara pengisi tanah liat bersaiz nano montmorillonite) dan selulosa nanohablur (CNC) hasil pengekstrakan daripada serabut kenaf memperbaiki sifat mekanik bio-komposit k-karrageenan.Bio-nano komposit k-carragenan diperkuat montmorillonite dan CNC berjaya dihasilkan melalui kaedah engacuanan larutan. Peringkat pertama kajian dimulakan dengan pengekstrakan selulosa daripada serabut kenaf dengan menjalani satu siri rawatan bermula dengan rawatan alkali, diikuti oleh rawatan pelunturan dan hidrolisis menggunakan asid sulfurik. Rawatan alkali dilakukan dengan pengacauan secara mekanik menggunakan 4% larutan akueus NaOH diikuti oleh rawatan pelunturan menggunakan larutan penimbal asetik dan 1.7% NaClO2 larutan akueus. Proses hidrolisis telah dijalankan pada suhu 45°C menggunakan 65bt% larutan asid sulfurik bagi menghasilkan selulosa bersaiz nano. Analisis spektroskopi infra merah (FTIR), menunjukkan keberkesanan rawatan yang dijalankan dengan kehilangan puncak serapan 1736 cm-1 dan 1237 cm-1 yang merupakan kumpulan karbonil (C=O) hemiselulosa dan kumpulan aril dalam lignin. Pemeriksaan morfologi menggunakan mikroskop imbasan elektron (SEM) dan mikroskop transmisi elektron (TEM) pula membuktikan berlakunya pengurangan saiz serabut selepas setiap rawatan dan didapati selulosa nanohablur yang terhasil mempunyai diameter serta panjang masing-masing adalah 12-15 nm dan 101-260 nm dan berbentuk seperti jarum. Peringkat kedua adalah mengkaji kesan penambahan pengisi CNC dan tanah liat terhadap sifat bio-nano komposit κ-carr / CNC dan κ-carr / tanah liat pada komposisipengisi2, 4, 6, dan 8%. Ujian regangan telah dijalankan ke atas bio-nano komposit berpengisi CNC dan tanah liatuntukmendapatkan takat optimumbagi setiap pengisi. Keputusan ujian regangan menunjukkan takat optimum bagi kedua-dua bio-komposit dengan penambahan pengisi CNC dan tanah liat adalah pada nilai komposisi pengisi 4%. Seterusnya hibrid bio-komposit berasaskan κ- carrageenan dihasilkan dengan variasi komposisi CNC / tanah liatberdasarkan nilai optimum pengisi individu bagi bio-komposit (κ-Carr / CNC) dan (κ-Carr / tanah liat) telah dikaji.Berlaku peningkatankekuatan regangan dan modulus Young selepas penghibridan CNC dan tanah liatdengan nilai tertinggi adalah pada nisbahpengisi 1:1. Seterusnya penghibridan CNC dan tanah liat tanah liat menunjukkan peningkatan sifat mekanik modulus simpanan (G') dan modulus kehilangan (G”) bio-komposit melalui ujian reologi yang dikaitkan dengan interaksi yang baik antara pengisi dan matrik. Mikrograf SEM dan TEM menunjukkan penyebaran pengisi dan perlekatan antara muka yang baik antara pengisi dan matriks.,Sarjana Sains |
Pages: | 133 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81373+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 324.19 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.