Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463395
Title: | Penambahbaikan hidrolisis terhadap tandan kosong kelapa sawit (TKKS) melalui penambahan kompleks enzim cellic® ctec dan hemiselulase rekombinan |
Authors: | Nuraini Mohd Nasir (P55946) |
Supervisor: | Farah Diba Abu Bakar, Prof Madya Dr. |
Keywords: | Tandan kelapa sawit Enzim Bahan api bio Monosakarida Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 4-Feb-2016 |
Description: | Malaysia mengeluarkan banyak tandan kosong kelapa sawit (TKKS) dikelaskan sebagai bahan buangan lignoselulosa dengan anggaran 86% daripada biojisim yang terdapat di dalam negara. Di dalam kajian ini, gabungan enzim kompleks komersil Cellic® CTec dan hemiselulase rekombinan, endo-β-1-4-xilanase (XYN2), β-D-xilosidase (BXL1) and α-L-arabinofuranosidase (AnABFA) dianalisis untuk penukaran TKKS kepada monosakarida boleh difermentasi yang bernilai. Kecekapan Cellic® CTec terhadap substrat spesifik dan keupayaannya dalam pencuraian TKKS dikenal pasti. Kesemua enzim rekombinan diekspres, ditulenkan dan dicirikan secara biokimia bagi mengenal pasti kecekapannya terhadap substrat spesifik masing-masing. Nisbah optimum bagi campuran Cellic® CTec dan hemiselulase rekombinan dikenal pasti melalui analisis statistik melaluiKaedah Respon Permukaan (RSM). Pengesahan analisis in silico melalui pengasaian berenzim menunjukkan komposisi campuran optimum mengandungi 9.2% Cellic® CTec, 84.2% XYN2 rekombinan, 0.1% BXL1 rekombinan dan 6.5% AnABFA rekombinan dengan menggunakan TKKS sebagai substrat menghasilkan sejumlah 1.84 mg/mL gula penurun dengan darjah sinergisme bernilai 2.1. Kesan ion logam dan reagen kimia terpilih terhadap campuran enzim menunjukkan Mn2+ dan Co2+ bertindak sebagai pengaktif kepada campuran enzim dengan peningkatan sebanyak 46% dan 38% dalam penghasilan gula penurun, masing-masing. Pengeraman berpanjangan dengan penambahan bahan pengaktif menunjukkan campuran enzim boleh mengekalkan aktiviti hidrolisis selama 3 hari dengan jumlah gula penurun tertinggi dalam kehadiran Mn2+ dan Co2+, masing-masing adalah 3.8 dan 3.5 mg/mL. Justeru, jumlah gula penurun telah meningkat sebanyak tiga kali ganda apabila campuran selulase komersil, Cellic® CTec ditambahkan dengan hemiselulase rekombinan dalam proses pencuraian TKKS. Penemuan ini adalah penting dan boleh diaplikasikan dalam pengurusan bahan buangan pertanian yang banyak seperti TKKS bagi penghasilan gula penurun yang boleh digunakan untuk penjanaan bahan api bio.,Sarjana |
Pages: | 125 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81332+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 372.06 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.