Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463388
Title: Sedimentologi dan stratigrafi Formasi Kubang Pasu di Kedah dan Perlis, Malaysia
Authors: Nur Susila Md. Saaid (P60991)
Supervisor: Basir Jasin, Prof. Dr.
Keywords: Sendimentologi
Stratigrafi
Paleontologi
Dissertations, Academic -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 23-Nov-2015
Description: Penyelidikan sedimentologi dan stratigrafi Formasi Kubang Pasu di Kedah dan Perlis, Malaysia telah dijalankan di enam kawasan kuari dan bekas kuari; Bukit Guar Sanai, Bukit Tungku Lembu, Bukit Tuntung, di Negeri Perlis dan Bukit Pala, Bukit Meng, serta Bukit Jelutong di Negeri Kedah. Tujuan penyelidikan ini dijalankan adalah untuk penilaian semula aspek stratigrafi untuk penjelasan terperinci Formasi Kubang Pasu. Kajian ini telah memperincikan fasies sedimen serta sekutuan fasies bagi penentuan sekitaran pengendapan di samping meneliti aspek paleontologi Formasi Kubang Pasu untuk penentuan julat usia yang lebih tepat. Kajian disifatkan telah berjaya menjelaskan semula Formasi Kubang Pasu secara terperinci dengan pengenalpastian sebanyak 13 jenis fasies yang membentuk enam sekutuan fasies yang menunjukkan sekitaran pengendapan berbeza. Penentuan usia Formasi Kubang Pasu dibuat berdasarkan litostratigrafi dan kronostratigafi. Selain perlapisan rijang yang mengandungi fosil radiolaria Stigmosphaerostylus variospina, Triaenosphaera sicarus, Belowea cf variabilis dan juga Asteroentactinia multispinosa yang berusia Tournaisian terdapat perlapisan kewujudan fosil batu lumpur yang membawa usia Visean-Bashkirian (Namurian) berdasarkan fosil indeks Posidonia becheri, Posidonia kochi dan juga fosil ammonoid iaitu Dombarites granofulcatus. Turut ditemui fasies batu pasir diamiktit dengan berbagai jenis klasta dan saiz. Kajian ini juga memperkenalkan lokaliti tip untuk rujukan dan mencadangkan empat ahli di dalam Formasi Kubang Pasu iaitu, Ahli Pala, Ahli Meng, Ahli Guar Sanai dan juga Ahli Tungku Lembu. Tafsiran sekitaran pengedapan yang telah dilakukan menunjukkan berlakunya perubahan lingkungan pengenapan dari lautan dalam ke lautan cetek di Perlis telah bermula pada usia Tournasian sebagai lautan dalam dan bermigrasi kepada lautan cetek pada usia Visean-Bashkirian dan semakin mencetek ketika usia Kungurian. Sekitaran lautan di Kedah kekal di dalam lingkungan lautan dalam pada usia Tournaisian sehingga Bashkirian. Hasil kajian ini telah memantapkan lagi stratigrafi negara dan dapat membantu kerajaan Negeri Kedah dan Perlis untuk merancang dan memajukan sumber geologi warisan negeri untuk masa hadapan.,Sarjana Sains
Pages: 147
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80586+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
705.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.