Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463386
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasidah Sidek, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Aishah Farliani Shirat (P57460) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:23:53Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:23:53Z | - |
dc.date.issued | 2015-02-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:80584 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463386 | - |
dc.description | Interaksi hos dan patogen dalam jangkitan bakteria mencetuskan pengaktifan tindak balas keimunan semula jadi dan mengakibatkan pemfosfatan GSK3β.. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji kesan perencatan GSK3β. terhadap jangkitan Burkholderia pseudomallei yang menyebabkan inflamasi dalam sel epitelium peparu, A549 dan sel hepar, HepG2. Pra-perlakuan sel epitelium peparu, A549 terjangkit-B. pseudomallei dengan perencat GSK3β., LiCl (10 mM dan 20 mm) atau SB 216763 (20 μM) menyebabkan pengurangan penggandaan bakteria intrasel yang dicerap dua jam selepas jangkitan bakteria. Perencatan GSK3β.ini juga mengakibatkan pengurangan penggandaan bakteria intrasel dalam sel hepar, HepG2 terjangkit-B. pseudomallei. Analisis pemedapan western menunjukkan pengurangan penggandaan bakteria yang dicerap dalam sel epitelium peparu, A549 diberikan pra-perlakuan perencat LiCl atau SB 216763 adalah selari dengan peningkatan aras GSK3β. terfosfat dalam sel terjangkit. Bagaimanapun, aras GSK3β. terfosfat dalam sel hepar, HepG2 terjangkit-B. pseudomallei tidak berubah dengan perencatan GSK3β.. Dari segi aras sitokin, jangkitan B. pseudomallei meningkatkan aras sitokin anti-inflamasi, IL-10 dan sitokin pro-inflamasi, TNF-α sehingga dua kali ganda lebih tinggi berbanding dengan kawalan tanpa jangkitan dalam kedua-dua sel epitelium peparu, A549 dan hepar, HepG2. Pra-perlakuan dengan perencat GSK3β. dalam kedua-dua sel dijangkiti B. pseudomallei ini memberikan hasil yang berbeza; LiCl atau SB 216763 mengakibatkan pengurangan aras sitokin TNF-α dan peningkatan aras sitokin IL-10 dalam sel epitelium peparu, A549 terjangkit-B. pseudomallei, namun tiada perubahan ketara pada aras sitokin ini dicerap dalam sel hepar, HepG2. Tiada perubahan dikesan pada aras sitokin pro-inflamasi, IL-12 dalam kedua-dua sel bukan fagosit berikutan jangkitan dengan atau tanpa pra-rawatan perencat. Kesimpulannya, kajian ini telah menunjukkan penglibatan GSK3β. dalam tindak balas inflamasi khususnya dalam pengawalan rembesan sitokin pro- dan anti-inflamasi semasa jangkitan B. pseudomallei dalam sel epitelium peparu, A549.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Glikogen sintase kinase | - |
dc.subject | Sel epitelium peparu | - |
dc.subject | Burkholderia pseudomallei | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.title | Kesan perencat glikogen sintase kinase 3β (GSK3β) terhadap tindak balas inflamasi pada sel epitelium peparu, A549 dan hepar, HepG2 terjangkit-burkholderia pseudomallei | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 113 | - |
dc.identifier.barcode | 002089 (2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80584+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 542.38 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.