Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463370
Title: Anatomi mikromorfologi daun takson terpilih genus ficus L. (moraceae) di Semenanjung Malaysia
Authors: Ummu Hani binti Badron (P64715)
Supervisor: Noraini binti Talip, Prof. Madya Dr.
Keywords: Daun takson
Issue Date: 14-Aug-2014
Description: Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas 31 takson (22 spesies dan sembilan varieti) daripada genus Ficus L. (Moraceae) di Semenanjung Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti variasi dan persamaan ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman takson dan spesies dalam genus Ficus. Kajian anatomi daun melibatkan kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor, teknik siatan epidermis dan penjernihan daun. Manakala kajian mikromorfologi daun melibatkan kaedah saduran emas, titik pengeringan kritikal dan cerapan epidermis abaksial dan adaksial daun di bawah mikroskop imbasan elektron. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa ciri anatomi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman takson atau spesies iaitu ciri corak berkas vaskular petiol (Corak 1-7), corak berkas vaskular tulang daun (Corak 1-9), bentuk luaran petiol (Bentuk 1-10), bentuk luaran tulang daun (Bentuk 1-8), bentuk luaran tepi daun (Bentuk 1-8), jenis stomata (anisositik, tetrasitik, staurositik) dan jenis peruratan sekunder (tidak bercabang, ringkas tidak bercabang, ringkas bercabang 1, 2, 3 atau bercabang 2-3). Ciri anatomi lain yang mempunyai nilai taksonomi ialah kehadiran lapisan sel hipodermis pada tulang dan lamina daun, kehadiran dan jenis trikom, bentuk sel sistolit pada lamina daun, kehadiran sel idioblas tanin, kedudukan sel, salur musilaj dan latisifer, kehadiran berkas vaskular medulari dan floem medulari pada petiol dan tulang daun, kehadiran sel gabus, lapisan lilin epikutikel, kelompok sel sklerenkima pada petiol, tulang dan lamina daun, juga kehadiran sel arenkima dan sel kolenkima. Ciri mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan takson atau spesies ialah bentuk stomata, kehadiran birai dan bingkai stomata, kedudukan stomata, hiasan pada permukaan trikom (asikular, ekinat, globul), juga jenis lilin (emping, berkerak, granul, lembaran, krustos, lampiran filem, verukat dan emping plat). Ciri sepunya bagi semua spesies yang dikaji ialah kehadiran sel musilaj, hablur, kehadiran lilin pada epidermis adaksial dan abaksial serta kelompok sel sklerenkima pada berkas vaskular petiol, tulang dan lamina daun. Kekunci dikotomi pengecaman takson dan spesies telah dibina berdasarkan ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang diperolehi daripada kajian. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa ciri anatomi dan mikromorfologi daun mempunyai nilai taksonomi dan boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman spesies bagi genus Ficus.,Master/Sarjana
Pages: 486
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77045+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
82.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.