Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463366
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Latiff Mohamad, Prof. Emer. Dato' Dr. | |
dc.contributor.author | Nurul Huda binti Wan Fatul (P48912) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:23:17Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:23:17Z | - |
dc.date.issued | 2014-10-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:77042 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463366 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan memerhatikan morfologi terutamanya daun, palinologi, anatomi daun dan petiol serta petiolul, juga mengkaji hubungan filogenetik ke atas dua genus iaitu, Cissus dan Cayratia (Vitaceae). Sejumlah 10 spesies Cissus dan tujuh spesies Cayratia telah dikaji. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua genus ini bagi tujuan pengecaman serta sebagai data sokongan untuk pengelasan. Kajian morfologi melibatkan pemerhatian spesimen yang dikutip dari lapangan serta herbarium manakala kajian anatomi menggunakan kaedah siatan epidermis untuk melihat ciri anatomi epidermis daun, kaedah penjernihan bagi peruratan dan kaedah hirisan mikrotom gelongsor bagi melihat bahagian petiol, petiolul, tulang daun, lamina dan tepi daun. Kajian palinologi pula melibatkan pemerhatian debunga di bawah mikroskop imbasan elektron. Kajian molekul melibatkan pengekstrakan DNA kawasan penanda iaitu intron trnL dan penjarak trnL-F yang kemudiannya dijujuk dan akhirnya pembinaan pohon menggunakan perisian PAUP. Hasil kajian mendapati ciri morfologi dan anatomi berguna dalam pengecaman serta pembezaan spesies bagi kedua-dua genus walaupun ciri anatomi yang diperhatikan dalam kajian ini menunjukkan banyak ciri sepunya. Cayratia dibezakan daripada Cissus menggunakan ciri susunan daun dan jenis infloresen. Terdapat spesies bersifat hipostomatik dan amfistomatik. Stomata yang paling lazim dijumpai bagi kedua-dua genus adalah anomositik dan staurositik. Dinding antiklin Cayratia pula lebih berbiku. Peruratan tepi adalah tidak lengkap dan tidak lengkap serta bergelung manakala peruratan tengah kebanyakannya terbuka secara majoriti dan tertutup secara minoriti dengan hujung bebas bercabang. Lamina kedua-dua genus adalah dwimuka tetapi genus boleh dibezakan menggunakan kehadiran trikom serta ketebalan klorenkima di mana Cayratia menunjukkan kehadiran trikom serta mempunyai klorenkima yang lebih tebal. Bentuk tepi daun sama ada melengkung ke bawah atau lurus dengan hujung membulat atau menirus. Bentuk rangka luar tulang daun dan petiol adalah pelbagai. Petiol Cayratia menunjukkan bilangan berkas vaskular serta kepadatan sel rembes yang lebih tinggi. Debunga bagi kedua-dua genus adalah monad, trikolpat, trikolporat berbentuk bulat atau elips dengan hiasan eksin mikroretikulat atau mikroretikulat kepada retikulat. Hubungan filogenetik bagi pohon MP data gabungan intron trnL dan penjarak trnL-F menyokong data morfologi untuk memisahkan Cissus dan Cayratia kepada dua genus yang berbeza.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Genus cissus dan cayratia (vitaceae) | |
dc.title | Kajian morfologi, anatomi dan filogenetik ke atas genus cissus dan cayratia (vitaceae) di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 250 | |
dc.identifier.barcode | 001431 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77042+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.