Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463365
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ikram M. Said, Prof. Emeritus Dato' Dr. | - |
dc.contributor.author | Noor Fazila binti Zahar (P55975 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:23:15Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:23:15Z | - |
dc.date.issued | 2014-10-29 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:77041 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463365 | - |
dc.description | Kajian ini telah dijalankan untuk mengasingkan dan menentukan struktur sebatian-sebatian kimia daripada akar Holarrhena curtisii (Apocynaceae), yang mengandungi sejumlah alkaloid steroid terutamanya dari jenis aminopregnan. Kajian awal terhadap daun H. curtisii dari Malaysia dan juga Thailand telah berjaya menghasilkan beberapa sebatian aminoglikosteroid dan aminosteroid baru dengan aktiviti biologi yang pelbagai. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa bahagian akar dan batang tumbuhan ini masih belum pernah dikaji. Pengekstrakan secara rendaman pada suhu bilik telah dilakukan ke atas serbuk akar H. curtisii dengan menggunakan pelarut metanol. Ekstrak MeOH yang pekat telah diasidkan dengan larutan 5% asid asetik dan menghasilkan dua fraksi yang terdiri daripada komponen alkaloid dan komponen bukan alkaloid. Fraksi alkaloid telah dibeskan dengan Na2CO3 kepada pH 9 dan diekstrak dengan pelarut CHCl3 diikuti oleh pengeringan dengan Na2SO4 kontang. Pengasingan dan penulenan sebatian kimia daripada fraksi alkaloid dan bukan alkaloid dilakukan dengan menggunakan kromatografi cecair vakum, kromatografi turus, kromatografi radial dan kromatografi lapisan nipis penyediaan. Tujuh sebatian kimia telah berjaya diperoleh daripada fraksi alkaloid dan bukan alkaloid sampel akar H. curtisii. Penentuan struktur kesemua sebatian telah berjaya menemukan dua sebatian aminosteroid baru dari jenis konanina yang dikenalpasti sebagai 2α-hidroksikonessina dan 20-okso-2-hidroksikonessina bersama-sama dengan dua sebatian alkaloid steroid yang sudah diketahui umum iaitu konessina dan isokonessimina. Tiga lagi sebatian lain adalah sebatian steroid iaitu pregnenolon dan campuran stigmasterol dan 24-metilena-kolestan-3β-ol. Penentuan struktur kesemua sebatian kimia adalah berdasarkan analisis data spektroskopi seperti spektroskopi inframerah (IM), spektroskopi resonans magnetik nukleus (RMN) 1D dan 2D, spektroskopi jisim (SJ) dan perbandingan dengan sebatian berkaitan yang telah dilaporkan sebelum ini.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Struktur sebatian kimia | - |
dc.title | Pengasingan dan penentuan struktur sebatian kimia daripada akar holarrhena cuttisii | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 124 | - |
dc.identifier.barcode | 001430 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77041+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.