Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463364
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhairiah Haji Badri, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorSiti Munirah binti Ibrahim (P51351 )-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:23:14Z-
dc.date.available2023-09-25T09:23:14Z-
dc.date.issued2014-12-10-
dc.identifier.otherukmvital:77040-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463364-
dc.descriptioniv ABSTRAK Serabut tandan kosong sawit (STKS) merupakan bahan lignoselulosa yang mengandungi selulosa, lignin dan hemiselulosa. Kajian awal dijalankan untuk mendapatkan kaedah berkesan pemisahan selulosa, lignin dan hemiselulosa daripada STKS melalui rawatan gliserolisis. Tiga sampel pra rawat yang digunakan iaitu STKS kawalan (STKS-UT), STKS terawat larutan natrium hidroksida 5% (w/w) (STKS-N) dan asid asetik 5% (w/w) (STKS-A) yang dibekalkan oleh Lembaga Sawit Malaysia, Stesen Bangi Lama. STKS pra rawat menjalani rawatan lanjutan dengan gliserol akues berkepekatan 70% (v/v) dengan larutan NaOH 1 M sebagai mangkin. Kajian pengoptimuman dijalankan untuk mengenalpasti pembolehubah yang signifikan untuk rawatan iaitu saiz STKS, nisbah bebanan, suhu rawatan dan amaun mangkin NaOH. Empat parameter ini dianalisis menggunakan ujian-t bagi menentukan faktor signifikan parameter kajian. Nisbah bebanan STKS kepada gliserol akues 1:20, saiz STKS adalah 100-125 μm, julat suhu rawatan adalah 65±2°C sehingga 85±2°C dengan mangkin NaOH 1 M. Melalui analisis spektroskopi FTIR ke atas STKS tergliserolisis keamatan puncak metil dan metilena semakin meningkat dengan peningkatan masa dan suhu rawatan pada nombor gelombang ~2900 cm-1. Ini disumbangkan oleh selulosa. Pada nombor gelombang ~1700 cm-1 intensiti puncak karbonil STKS-UT dan STKS-A tergliserolisis semakin berkurang dengan peningkatan masa dan suhu rawatan. Analisis komposisi kimia STKS-N tergliserolisis pada suhu 75±2°C selama 3, 5 dan 7 j memberikan nilai yang optimum bagi amaun holoselulosa sebanyak 79.4±0.09%, 86.4±0.07% dan 81.1±0.06% daripada berat kering sampel. Analisis difraktogram XRD juga menunjukkan peningkatan nilai indeks kehabluran bagi STKS tergliserolisis pada suhu 65±2°C dan 75±2°C tetapi menurun dengan rawatan pada 85±2°C dengan masa rawatan 3, 5 dan 7 j. Anjakan satah 002 menunjukkan berlaku perubahan polimorf selulosa. Permukaan serabut STKS-N menunjukkan kesan rawatan alkali memberikan permukaan yang lebih kasar berbanding STKS-A kesan penyingkiran lignin dan ekstraktif yang lain daripada serabut. Pemerhatian mikrograf SEM bagi STKS tergliserolisis menunjukkan permukaan yang lebih kasar berbanding dengan STKS prarawat. STKS terawat gliserol akues dihidrolisiskan dengan enzim Celluclast selama 24, 48 dan 72 j pada kelajuan 110 rpm. Asid sitrik pada kepekatan 0.05 mM dengan pH 4.8 digunakan sebagai larutan penimbal. Kandungan karbohidrat yang ditentukan daripada analisis DNS memberikan STKS-N terawat pada suhu 75±2°C selama 3 j (STKS-N 75 3J) 270.63 mg/g untuk 24 j hidrolisis. Analisis HPLC memberikan kepekatan glukosa sebanyak 62.55 mg/g dan xilosa 185.16 mg/g.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectHidrolisis berenzim-
dc.titleHidrolisis berenzim ke atas serabut tandan kosong sawit terawat gliserol akues bagi perolehan glukosa dan xilosa-
dc.typetheses-
dc.format.pages172-
dc.identifier.barcode001429-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77040+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.