Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463363
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rusli Daik, Prof. | |
dc.contributor.author | Rahila binti Ahmad Bashir Khan. (P55973) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:23:12Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:23:12Z | - |
dc.date.issued | 2014-09-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:77039 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463363 | - |
dc.description | ABSTRAK Haba dibebaskan secara berterusan di dalam produk elektrik dan elektronik, oleh itu penyingkiran haba penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu produk. Polimer berkonjugat seperti polipirola (PPy) telah menunjukkan sifat konduktif secara elektronik, oleh itu dijangkakan bahawa polimer ini juga boleh digunakan sebagai bahan berkonduktif terma kerana elektron bukan sahaja memindahkan cas elektrik tetapi juga tenaga kinetik. Satu siri polipirola berdop surfaktan disintesis menggunakan kaedah pempolimeran emulsi dalam kehadiran surfaktan anionik dan ammonium persulfat sebagai oksidan.Surfaktan yang digunakan adalah natrium dodesilbenzena sulfonat (DBSNa), natrium dodesil sulfat (SDS) dan natrium 2-naftalenasulfonat (2-NSA).Setelah nanopartikel polipirola berdop surfaktan disintesis, nanokomposit polipirola berdop surfaktan dan getah kloroprena (CR) dihasilkanmelalui kaedah penyebaran emulsi. Lima set nanokomposit PPy berdop surfaktan/CR disediakan dalam nisbah 20:80, 40:60, 50:50, 60:40 dan 80:20. Polimer dicirikan menggunakan analisis unsur. Manakala penentuan sifat fizik ditentukan dengan analisis gravimetri terma (TGA), kalorimeter imbasan pembeza (DSC), dan mikroskopi elektron imbasan medan pancaran (FESEM). Nilai kekonduksian elektrik diukur menggunakan spektroskopi impedans elektrokimia (EIS) dan nilai kekonduksian haba diukur menggunakan penganalisis haba (TCM). Analisis unsur menunjukkan tahap pendopan untuk PPy berdop DBSNa, PPy berdop SDS dan PPy berdop 2-NSA adalah 62.7%, 33.2% dan 25.4%. Kekonduksian haba bagi PPy, PPy berdop DBSNa, PPy berdop SDS, dan PPy berdop 2-NSA adalah 0.343 W/mK, 0.532 W/mK 0.402 W/mK dan 0.536 W/mK.Kekonduksian haba meningkat apabila tahap pendopan meningkat. Kekonduksian elektrik bagi PPy, PPy berdop DBSNa, PPy berdop SDS dan PPy berdop 2-NSA adalah 6.39 x 10-7 Scm-1, 4,89 x 10-5 Scm-1, 5.12 x 10-6 Scm-1 dan 1.98 x 10-4Scm-1. Mikrograf FESEM menunjukkan PPy berdop disintesis pada 0oC menghasilkan partikel dalam julat diameter 21 sehingga 105 nm.Termogram TGA menunjukkan kestabilan terma bagi semua nanokomposit meningkat dengan peningkatan kandungan PPy berdop.Nilai kekonduksian elektrik dan kekonduksian haba juga meningkat dengan pertambahan kandungan PPy berdop surfaktan di dalam komposit.Mikrograf FESEM menunjukkan partikel PPy berdop tersebar dengan sekata dalam matriks CR dengan diameter dalam skala nanometer.Nanokomposit PPy berdop 2-NSA yang dimasukkan secara maksimum di dalam matriks getah kloroprena (80:20) melalui kaedah penyebaran emulsi berjaya menghasilkan komposit bersaiz nano yang memberikan nilai kekonduksian elektrik, kekonduksian haba dan kestabilan terma yang terbaik untuk diaplikasikan sebagai bahan penyingkir haba dalam aplikasi elektronik.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Surfaktan/getah kloroprena | |
dc.title | Sintesis dan pencirian nanokomposit polipirola berdop surfaktan/getah kloroprena | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 102 | |
dc.identifier.barcode | 001428 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_77039+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.09 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.