Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463362
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorUmar Hamzah, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Amir Asyraf bin Sulaiman (P64789)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:23:11Z-
dc.date.available2023-09-25T09:23:11Z-
dc.date.issued2014-10-10
dc.identifier.otherukmvital:77038
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463362-
dc.descriptionSatu kajian makmal telah dijalankan untuk mengenalpasti taburan keberintangan elektrik terhadap pergerakan bahan cemar Fasa Cecair Ringan Tak Larut (LNAPL). Objektif kajian adalah untuk mengukur taburan keberintangan bahan LNAPL dalam model tangki yang berisi dengan tanah separa tepu air. Model tangki diperbuat dari bahan Perspex bersaiz 0.4 m x 0.1 m x 0.2 m. Sampel tanah adalah berjenis pasir silika bersaiz kasar (16/30) dan halus (40/80) serta lempung digunakan sebagai media ujian. Bahan LNAPL yang digunakan sebagai kontaminan ialah diesel dan minyak enjin. Pasir atau lempung dihomogenkan dengan kandungan air 5% dan 15% sebelum LNAPL dituangkan ke dalamnya. Keberintangan elektrik diukur menggunakan elektrod mini dengan tatasusunan Wenner. Pengukuran keberintangan elektrik dibuat dibahagian atas pasir atau lempung dalam tangki pada hari ketiga dan ketujuh selepas LNAPL dituang ke dalam tangki. Hasil ujian menunjukkan pergerakan LNAPL dalam media berlempung dan berpasir adalah berbeza berdasarkan bentuk pola migrasi bahan LNAPL yang ditunjukkan oleh imej keberintangan elektrik 2D model songsangan. Pada amnya, pola LNAPL mempunyai nilai keberintangan yang tinggi dan berbentuk membujur berhampiran dengan tempat LNAPL dituang. Dalam media pasir, LNAPL akan bergerak ke bawah secara menegak selepas 3 hari ia dituang ke dalam tangki dan akan bergerak ke sisi selepas 7 hari. Bahagian atas dan bawah LNAPL mempunyai nilai keberintangan lebih rendah kerana air yang terkumpul selepas 7 hari di bahagian dasar tangki dan hasil daripada renjisan air sebelum pengukuran dilakukan yang berada di bahagian permukaan. Nilai keberintangan LNAPL adalah berjulat 700 Ωm hingga 10000 Ωm berbanding dengan nilai keberintangan pasir dan lempung yang tidak tercemar dan nilai keberintangan tepu air iaitu 10 Ωm hingga 200 Ωm.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.titlePengukuran pola migrasi LNAPL menggunakan teknik pengimejan keberintangan geoelektrik dalam makmal
dc.typetheses
dc.format.pages139
dc.identifier.barcode001427
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77038+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.