Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463359
Title: Alat penyelesaian masalah bagi empat mata pelajaran teras pelajar tahun satu di Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Authors: Aainaa Salwa binti Mohd Najib (P63300)
Supervisor: Ahmad Puaad Bin Othman, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Masalah dalam empat mata pelajaran teras
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Issue Date: 15-Aug-2014
Description: Perkembangan teknologi dalam pendidikan membawa perubahan kepada pemantapan pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran. Tesis ini terbahagi kepada 2 kategori utama. Bahagian pertama memfokuskan tentang pembangunan alat penyelesaian masalah bagi 4 mata pelajaran teras pelajar tahun 1 di Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG), Universiti Kebangsaan Malaysia . Penstrukturan kandungan bagi matapelajaran elektrik dan magnet, termodinamik, gelombang dan mekanik dibuat dengan memilih 1 topik yang mengandungi 8 subtopik dari setiap matapelajaran. Perisian Flash 8 digunakan untuk membangunkan 73 animasi berdasarkan topik dan subtopik yang telah dipilih. Animasi-animasi ini kemudiannya disusun atur dalam bentuk persembahan slaid hipermedia menggunakan perisian Prezi.com yang mengandungi hanya 4 slaid sahaja mewakili 4 mata pelajaran tersebut. Persembahan slaid boleh diakses di laman web Google dengan memasukkan kata kunci yang telah ditetapkan. Seterusnya aplikasi mudah alih pula dibina dengan memasukkan menu persembahan slaid Prezi, ditambah dengan menu pendua persembahan dalam format Mikrosoft Power Point dan menu bank soalan beserta skema jawapan. Aplikasi mudah alih ini pula boleh diakses di laman web Monkey Market atau aplikasi Google Play Store melalui peralatan mudah alih pengguna. Bahagian kedua kajian pula melibatkan penilaian terhadap tahap penerimaan dan keberkesanan alat penyelesaian masalah yang telah dibina. Berdasarkan data dari akaun pembangun di laman web Google Play Developer Console, dari 5 Februari sehingga 21 April 2014, seramai 2118 pengguna telah memuat turun aplikasi mudah alih dari Google Play Store dimana 431 daripada jumlah tersebut merupakan pengguna aktif aplikasi. Kutipan data borang kaji selidik daripada 81 pelajar Ijazah Sarjana Muda di PPFG, UKM menunjukkan secara puratanya 98% daripada mereka meminati penggunaan animasi dalam pembelajaran dan pengajaran. Namun 38% daripada mereka merasa ragu dan bimbang dengan perlaksanaan penggunaan animasi. Walaubagaimanapun, 99% daripada mereka masih yakin bahawa penggunaan animasi mampu meningkatkan pencapaian mata pelajaran mereka. Hal ini dibuktikan dengan keputusan ujian 1 dan 2, pre-test dan post-test yang menunjukkan peningkatan min purata dari 3.6 kepada 7.5 dan 2.7 kepada 5.5.,Master/Sarjana
Pages: 290
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_77035+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
25.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.