Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463352
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRizafizah Othaman, Dr
dc.contributor.authorMohd Razali bin Shamsuddin (P61352 )
dc.date.accessioned2023-09-25T09:22:54Z-
dc.date.available2023-09-25T09:22:54Z-
dc.date.issued2014-08-18
dc.identifier.otherukmvital:76784
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463352-
dc.descriptionMembran komposit mempunyai banyak potensi kerana mempunyai ciri-ciri istimewa seperti taut silang yang baik, kekuatan dan ketahanan yang tinggi. Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan membran komposit getah asli terepoksida/polivinil klorida (ENR/PVC) berpengisi selulosa (Cell) dan selulosa cangkukan polimetil metakrilat (Cell-g-PMMA). Penyediaan pengisi dilakukan dengan mengekstrak selulosa daripada daun nanas menggunakan kaedah alkali dan selulosa dimodifikasikan dengan kaedah pempolimeran cangkukan metil metakrilat. Membran ENR/PVC dengan nisbah ENR:PVC sebanyak 60:40 wt% ini difabrikasi menggunakan kaedah percampuran larutan dan pembalikan fasa. Pengisi divariasikan pada 1 %, 5 %, 10 %, 15 % dan 20 % w/v. Pencirian yang dijalankan menggunakan jerapan fizikal gas N2 (BET), pembelauan sinar-X (XRD), spektroskopi inframerah (FTIR), analisis termogravimetrik (TGA), mikroskopi imbasan elektron pelbagai tekanan (VPSEM), analisis sudut sentuhan, serapan dan ketelapan air. Rawatan POME dijalankan dan ciri-ciri telapan dikaji. PMMA telah dicangkukkan pada Cell dengan terbentuknya kumpulan ester karbonil, -C=O pada Cell dan dibuktikan oleh spektrum FTIR. Cangkukan PMMA, luas permukaan BET pengisi bertambah daripada 1.37 m2.g-1 kepada 3.84 m2.g-1 tetapi nilai indeks kristal berkurang kerana pertambahan bahagian amorfus pada selulosa. Termogram juga menunjukkan residu yang berbeza diantara Cell dan Cell-g-PMMA dan kelembapan air yang rendah pada Cell-g-PMMA kerana bersifat hidrofobik. Membran ENR/PVC lebih serasi dengan pengisi Cell-g-PMMA berbanding Cell disebabkan oleh kehadiran polimer PMMA pada rantai selulosa. Penambahan pengisi juga menyebabkan membran mempunyai liang dan ini ditinjukkan daripada imej mikrograf VPSEM. Ujian sudut sentuhan dan serapan air mengesahkan membran ENR/PVC dan ENR/PVC/Cell adalah bersifat hidrofilik dan sifat ini berkurangan dengan penambahan Cell-g-PMMA. Penambahan pengisi memberikan variasi yang berbeza kepada sifat telapan air keatas membran ENR/PVC. Membran ENR/PVC/10 % Cell dan ENR/PVC/20% Cell-g-PMMA menunjukkan sifat telapan air yang paling tinggi untuk kedua-dua jenis membran pada tekanan 5 bar. Ciri POME setelah rawatan membran menunjukkan nilai parameter kawalan adalah dalam julat yang rendah berbanding sebelum rawatan dilakukan dan dibuktikan dengan penyusutan nilai BOD dan COD dalam sampel POME terawat. Kesimpulannya, membran yang terhasil bersifat poros, mempunyai luas permukaan yang tinggi, tegar dan elastik, mempunyai kestabilan terma yang tinggi serta mampu untuk merawat POME selaras dengan piawaian yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke sumber air mentah.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectGetah asli
dc.titlePenghasilan membran getah asli terepoksida/polivinil klorida berpengisi selulosa dan selulosa cangkulan polimetil metakrilat
dc.typetheses
dc.format.pages152
dc.identifier.barcode001402
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76784+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
25.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.