Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463351
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Shukor Md. Nor, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Sanusi Mohamed (P57593) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:22:52Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:22:52Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76783 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463351 | - |
dc.description | Kajian kesan hidupan liar terhadap vegetasi lantai hutandijalankandi tiga kawasandi Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang (RHLK) iaitu Jenut Wan Bulan, Jenut Bayek serta Kawasan Pokok Berbuah. Objektif kajian ini adalah untuk i) mengenalpastispesies vegetasi lantai hutan yang menjadi pilihan makanan hidupan liar, ii) bilangan dan lakuan makan spesies hidupan liar, dan iii) menilai kadar regenerasi vegetasi lantai setelah dimakan oleh hidupan liar. Kajian ini melibatkan penubuhan sepuluh plot berukuran 5 x 5 m di ketiga-tiga kawasan kajian di mana lima plot adalah terbuka dan lima yang lain adalah tertutup berpagar dengan ketinggian pagar 1.5 m. Perangkap kamera digunakan untuk merakam lakuan hidupan liar terhadapspesies vegetasi lantai hutan yang dipilih. Kajian merekodkan 16 spesies mamalia dan dua spesies burung yang menggunakan plot kajian. Lima spesies yang paling dominan adalah Beruk(Macaca nemestrina), Tapir Malaya(Tapirus indicus), Babi Hutan(Sus scrofa), Kijang(Muntiacus muntjak)dan Landak Raya(Hystrix brachyura).Waktu aktif Tapir Malaya adalah di antara pukul18:00 hingga 06:00 dan haiwan ini direkodkan melakukan aktiviti mencari makan daripada pukul23:00 hingga 05:00 sahaja. Berdasarkan video yang dirakam, T. indicusbanyak menghabiskan waktu dengan menghidu tumbuhan.S. scrofatidak mempunyai waktu aktif yang spesifik danhaiwan ini mencari makan daripada pukul06:00 hingga 18:00, iaitu pada waktu subuh dan siang. M. muntjakdirekodkan berada di lokasi kajian pada pukul06:00 hingga 17:00. Terdapat tiga status bagi haiwan iaitu diurnal(aktif siang) contohnyaM. muntjak, nokturnal (aktif malam) contohnyaT. indicusdan dan katemeral (aktif siang malam),contohnyaS. scrofa.Status ini berpandukan waktu aktif dan masa yang paling banyak digunakan oleh setiap spesis. Spesis ini juga mempunyai cara makan yang berbeza iaituM. Muntjakhanya mengunyah sebahagian daripada daun sahaja manakalaT. indicusakan mematahkan ranting dan bahagian pucuk,S. scrofa pula akan menggali tanah bagi mendapatkan makanan.Kadar regenerasi dinilai melalui pengukuran kadar pertumbuhan relatif anak pokok menggunakan parameter tinggi, diameter, panjang pucuk, bilangan daun serta bilangan ranting. Secara keseluruhan, sebanyak 89 individu vegetasi lantai hutan yang terdiri daripada 24 famili dan 35 genustelah dimakan oleh hidupan liar. Kajian menunjukkan hidupan liar di RHLK telah memilih sebanyak 66% anak pokok dan diikuti dengan 28% syrub daripada jumlah keseluruhan tumbuhan yang dimakan. Hasil perbandingan kadar pertumbuhan relatif anak pokok menunjukkan regenerasi vegetasi lantai hutan di antara plot terbuka dan berpagar adalah berbeza mengikut lokasi dan rawatan (plot terbuka dan tertutup). Di Jenut Bayek, kadar pertumbuhan relatif tinggi dan diameter batang anak pokok lebih tinggi di plot berpagar berbanding plot terbuka (Ujian T Tidak Bersandar, df = 1, p<0.05). Corak sebaliknya didapati untuk parameter bilangan daun di Kawasan Pokok Berbuah (Ujian T Tidak Bersandar, df = 1, p<0.05). Di Jenut Wan Bulan pula, semua parameter kadar pertumbuhan relatif adalah tidak berbeza secara signifikan.Kajian ini dapat membantu pengurusan hutan yang lebih sistematik bagi melihat hubung kait antara haiwan dan juga tumbuhan serta keperluannya.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hidupan liar | |
dc.title | Kesan aktiviti hidupan liar terhadap vegetasi lantai hutan di rezab hidupan liar Krau, Pahang | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 192 | |
dc.identifier.barcode | 001401 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76783+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.6 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.