Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463350
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMahanem Mat Noor, Dr.-
dc.contributor.authorDayang Nurul Fatihah binti Mohd Yassin (P54241 )-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:22:50Z-
dc.date.available2023-09-25T09:22:50Z-
dc.date.issued2014-03-13-
dc.identifier.otherukmvital:76782-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463350-
dc.descriptionObjektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk menguji kesan ekstrak AP ke atas kualiti sperma, aras hormon testosteron, berat testis, kelakuan seksual, histologi testis dan kesuburan tikus jantan. Sejumlah 21 ekor tikus jantan dewasa Sprague-Dawley berusia 12 minggu dibahagikan kepada tiga kumpulan; kumpulan kawalan (air suling), dos rendah (800 mg/kg) dan dos tinggi (1600 mg/kg) ekstrak AP yang diberikan secara suap paksa selama 24 hari. Pemberian ekstrak AP secara suap paksa menunjukkan penurunan yang signifikan (p<0.05) pada bilangan sperma kumpulan perlakuan ekstrak AP 800 mg/kg dan 1600 mg/kg masing-masing (18.07±2.32)x106 dan (16.25±2.61)x106 berbanding kawalan (33.09±4.93)x106. Analisis motiliti sperma menunjukkan penurunan gred motiliti (gred d) pada tikus kumpulan perlakuan ekstrak AP berbanding (gred b) pada tikus kawalan. Peratus mortaliti sperma menunjukkan peningkatan iaitu 50.58±8.69 dan 51.52±8.68 pada tikus kumpulan perlakuan 800 mg/kg dan 1600 mg/kg berbanding 13.63±1.57 pada tikus kawalan. Tikus yang diberi perlakuan ekstrak AP menunjukkan penurunan aras testosteron iaitu 0.63 ± 0.05 pg/ml dan 0.17 ± 0.07 pg/ml pada tikus kumpulan perlakuan 800 mg/kg dan 1600 mg/kg berbanding 0.06 ± 0.04 pg/ml pada tikus kawalan. Kajian berat testis menunjukkan penurunan iaitu 1.26±0.04 dan 1.24±0.02 pada tikus kumpulan perlakuan 800 mg/kg dan 1600 mg/kg berbanding 1.44±0.02 pada tikus kawalan. Purata bilangan pemanjatan pada dos 1600 mg/kg menunjukkan bilangan pemanjatan yang paling rendah (0.40±0.40) berbanding dos 800 mg/kg (0.80±0.58) dan kawalan (2.80±0.58). Ujian kesuburan menunjukkan pada kumpulan perlakuan dos tinggi 1600 mg/kg, nilai peratusan tikus jantan mandul adalah 80% berbanding kawalan. Analisis LCMS menunjukkan kehadiran andrografolid yang merupakan kompaun bioaktif AP dalam sampel ekstrak metanol AP dan serum tikus yang diberi perlakuan ekstrak AP. Kepekatan andrografolid dalam serum berada pada tahap maksimum (220.8±56.1 µg/L) selepas tiga jam pemberian ekstrak. Pemerhatian ke atas histologi testis tikus yang diberi perlakuan ekstrak AP mempamerkan ciri-ciri degenerasi pada sel germinal tubul seminiferus dan sel Sertoli, serta berlaku pengecutan pada sel Leydig, berbanding dengan kumpulan kawalan yang menunjukkan ciri-ciri spermatogenesis yang normal. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan bahawa ekstrak AP berupaya merencat kesuburan tikus jantan dengan lebih baik pada dos tinggi 1600 mg/kg. Kesimpulannya, ekstrak AP didapati mempunyai ciri spermatotoksik yang memberi kesan antikesuburan pada tikus jantan.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectAntikesuburan-
dc.subjectTikus jantan-
dc.titleKesan antikesuburan ekstrak hempedu bumi (andrographis paniculata) ke atas tikus jantan-
dc.typetheses-
dc.format.pages74-
dc.identifier.barcode001400-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76782+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.42 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.