Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463349
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahibin Abd. Rahim, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Siti Nur Khatijah binti Che Samsuddin (P52278) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:22:49Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:22:49Z | - |
dc.date.issued | 2014-03 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76781 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463349 | - |
dc.description | Kajian dijalankan bagi menentukan pencirian fiziko-kimia tanih serta kandungan karbon organik dan meramalkan keberkesanan tanaman padi menggunakan kaedah SRI di kawasan tanaman padi terpilih. Tiga lokaliti kajian yang berbeza telah dipilih iaitu Tanjong Karang, Beranang dan Plot Percubaan Teres R, UKM Bangi, Selangor. Sebanyak tiga sampel tanih diambil secara rawak di setiap lokaliti kajian bagi penentuan ciri fiziko-kimia serta kandungan karbon organik tanih. Analisis fizikal tanih yang ditentukan adalah taburan partikel saiz, kandungan bahan organik tanih dan ketumpatan tanih manakala bagi penentuan ciri kimia tanih adalah pH, kekonduksian elektrik, kapasiti pertukaran kation, kandungan nutrien tesedia dan terlarut tanih. Persampelan tanih dilakukan sebelum tanaman padi dilakukan dan mengikut kedalaman. Tanaman padi secara SRI telah dilaksanakan di ketiga-tiga lokaliti kajian manakala tanaman padi secara konvensional (mengubah) hanya dilaksanakan di Tanjong Karang dan Plot Percubaan Teres R, UKM Bangi. Hasil tuaian padi menunjukkan peningkatan hasil melebihi 20% melalui kaedah tanaman secara SRI berbanding kaedah konvensional (mengubah). Hasil kajian menunjukkan tekstur tanih terdiri daripada, lom lempung berpasir, lom, lempung berpasir, lempung berlodak dan lempung. Peratusan kandungan bahan organik berada pada sela 2.97% hingga 14.06%. Ketumpatan kumin dan pukal masing-masing berada pada sela 2.43 g cm-3 hingga 2.69 g cm-3 dan 0.80 g cm-3 hingga 1.10 g cm-3 . Purata nilai pH adalah di antara 4.44 hingga 5.68. Kekonduksian elektrik berada pada sela 213.67µ Scm-1 hingga 2578.40µ Scm-1. Purata kapasiti pertukaran kation adalah rendah iaitu di antara 3.30 meq/100g hingga 8.09 meq/100g. Kandungan fosforus, magnesium dan kalium tersedia masing-masing mempunyai sela antara 1.07 - 2.24 µg/g, 7.05 - 39.17 µg/g dan 19.30 - 175.90 µg/g. Kepekatan nutrien terlarut bagi sulfat, nitrat, ammonia-nitrogen dan fosfat masing-masing adalah 8.80 - 343.93 µg/g, 3.07 - 12.85µg/g, 0.98 - 10.67 µg/g dan 0.11 - 2.80 µg/g. Kandungan karbon organik tanih berada pada sela 0.24% hingga 6.15%. Kadar emisi karbon dioksida berada pada sela 48.03 ± 23.62 mgCo2 m-2j-1 bagi persampelan pertama dan 134.59 ± 56.38 mgCo2 m-2j-1 bagi persampelan kedua. Hasil tuaian yang diperolehi di Tanjong Karang adalah 9558.49 ± 454.45 kg ha-1 bgi kaedah SRI dan 7623.95 ± 1024.28 kg ha-1 bagi kaedah konvensional (mengubah). Manakala di Beranang hasil tuaian yang dicatatkan adalah 4368.25 ± 1262.77 kg ha-1. Bagi Plot Percubaan Teres R, hanya kaedah SRI mencatatkan hasil tuaian iaitu 3280.74 ± 339.81 kg ha-1. Kaedah mengubah tidak mempunyai hasil berikutan masalah pengairan dan mahluk perosak. Walau bagaimanapun di dalam keadaan tanih,pengairan serta kandungan nutrien yang terhad, tanaman padi secara SRI masih memberikan hasil.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Tanaman padi | - |
dc.subject | Kaedah sri | - |
dc.title | Keberkesanan tanaman padi menggunakan kaedah sri di kawasan tanaman padi terpilih | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 145 | - |
dc.identifier.barcode | 001399 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76781+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.23 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.