Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463346
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Eddie Shahril bin Ismail, Dr. | |
dc.contributor.author | Nor Najiha binti Ramlee (P63338) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:22:43Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:22:43Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76682 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463346 | - |
dc.description | Skema tandatangan digital (STD) terbahagi kepada dua bahagian, iaitu skema tandatangan digital biasa (STB) dan skema tandatangan digital berasaskan fungsi (STBF). STB membenarkan penandatangan yang layak untuk menurunkan tandatangan pada mesej elektronik secara digital dan membenarkan pemilik mesej atau pengesah tandatangan untuk menguji keaslian tandatangan yang terhasil. STBF pula menawarkan tandatangan biasa yang dilengkapi dengan beberapa ciri tambahan dan menjadi teras dalam penggunaan urusniaga berasaskan elektronik seperti sistem elektronik tunai, sistem penggunaan maklumat cukai digital, sistem rekod perubatan dan sistem undian dalam talian. Antara contoh STBF adalah tandatangan terarah, tandatangan buta, tandatangan gelanggang dan tandatangan proksi. Dalam tesis ini akan difokus kepada tandatangan terarah bermula daripada konsep asas hinggalah kepada pembinaan dan analisis skema. Skema tandatangan terarah hanya membenarkan pengesah yang layak sahaja untuk mengesahkan tandatangan yang terhasil dan pengesah tersebut berupaya untuk meyakinkan keaslian tandatangan yang telah diturunkan kepada pihak ketiga jika perlu. Sehingga kini, keselamatan skema tandatangan terarah yang sedia ada hanya berteraskan andaian kriptografi tunggal (masalah sukar tunggal) seperti masalah pemfaktoran (MP), masalah logaritma diskret (MLD) dan masalah logaritma diskret lengkung eliptik (MLDE). Kesemua skema ini dikhuatiri tidak kebal pada masa akan datang sekiranya satu daripada andaian atau masalah yang mendasari skema tersebut berjaya diselesaikan oleh pihak musuh. Justeru, kajian ini akan membangunkan dua skema tandatangan terarah dan satu skema tandatangan buta terarah berasaskan andaian kriptografi hibrid. Skema ini terbukti dapat menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding skema yang berteraskan andaian kriptografi tunggal kerana adalah sukar dan mustahil untuk pihak musuh menyelesaikan masalah sukar hibrid secara serentak pada masa yang sama. Skema pertama tandatangan terarah (STT1) dibina berasaskan MP dan MLD manakala skema kedua tandatangan terarah (STT2) dibina berasaskan MP dan MLDE. Skema ketiga (STT3) merupakan skema pertama yang melibatkan gabungan dua STBF, iaitu skema tandatangan buta dengan skema tandatangan terarah yang dibina berasaskan masalah reja kuadratik (MRK) dan MLD. Tahap keselamatan bagi ketiga-tiga skema ini dianalisis dan ditunjukkan bahawa kesemua skema ini mematuhi keselamatan secara heuristik bagi serangan kriptografi untuk skema tandatangan. Selain itu, pertimbangan kecekapan juga turut disiasat dan didapati bahawa kesemua skema ini adalah cekap dalam setiap alKhwarizmi menandatangan, mengesah dan interaksi,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Tandatangan | |
dc.subject | Cryptography | |
dc.title | Tandatangan terarah berasaskan masalah hibrid | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 141 | |
dc.identifier.callno | QA76.9.A25N646 2015 tesis | |
dc.identifier.barcode | 001393 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76682+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.89 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source02+Source020.PDF Restricted Access | 5.58 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source03+Source030.PDF Restricted Access | 6.41 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source04+Source040.PDF Restricted Access | 16.1 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source05+Source050.PDF Restricted Access | 93.29 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source06+Source060.PDF Restricted Access | 925.81 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source07+Source070.PDF Restricted Access | 3.16 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source08+Source080.PDF Restricted Access | 435.39 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76682+Source09+Source090.PDF Restricted Access | 178.06 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.