Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463344
Title: Pelunturan pulpa soda tandan kosong kelapa sawit dengan bantuan enzim dan kesan ke atas sifat kertas
Authors: Noraidah Hj. Subakin (P38498)
Supervisor: Sarani Zakaria, Profesor Dr.
Keywords: Pulpa soda
Wood-pulp
Issue Date: 4-Jul-2014
Description: Penggunaan bioteknologi dalam industri pulpa dan kertas terutamanya enzim dalam membantu proses pelunturan kian mendapat perhatian di mana ia dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji kesan penambahan enzim xilanase dalam membantu proses pelunturan unsur bebas klorin (ECF) pulpa soda tandan kosong kelapa sawit (TKKS). TKKS yang telah dikaji kandungan kimianya akan dipulpa menerusi pemulpaan soda dengan 20% alkali aktif. Pulpa yang dihasilkan kemudian di pra-rawat dengan enzim xilanase menggunakan kaedah permukaan sambutan (RSM) bagi mengenalpasti rawatan yang paling optimum. Keadaan pra-rawatan yang optimum (sukatan, masa dan suhu) ditentukan berdasarkan kepada analisa yang dilakukan terhadap nombor kappa, kelikatan dan kecerahan. Daripada data yang diperolehi, pulpa akan diluntur menggunakan kaedah pelunturan ECF dengan turutan DEDED. Kesan enzim xilanase terhadap pelunturan, sifat-sifat kertas, morfologi gentian dan pemukulan diperhatikan dan dibandingkan dengan pulpa yang tidak dirawat. Keputusan kajian menunjukkan suatu kombinasi keadaan pra-rawatan optimum diperolehi iaitu sukatan enzim 0.05%, masa rawatan 97 minit dan suhu 50 oC. Sambutan model-model yang dipilih didapati bersesuaian kerana peratusan perbezaan yang wujud adalah kurang daripada nilai 10%. Kajian menunjukkan yang enzim xilanase telah meningkatkan kecerahan pulpa terluntur sebanyak 3% jika dibandingkan dengan pulpa yang tidak dirawat. Ia juga meningkatkan kelikatan dan menurunkan kandungan lignin dan nombor kappa seiring dengan peningkatan turutan pelunturan. Enzim xilanase didapati telah memperbaiki kebebasan CSF, indeks koyakan, bilangan lipatan dan zero-span kertas yang dihasilkan. Pemukulan pada 1000 dan 3000 rpm menunjukkan yang kehadiran enzim xilanase telah memperbaiki bilangan lipatan, indeks tegangan dan indeks pecahan kertas yang dihasilkan. Penambahan enzim xilanase telah memberi kesan kepada morfologi gentian seperti yang diperhatikan menerusi mikrograf Mikroskop Imbasan Elektron (SEM). Perubahan pada morfologi gentian seperti keretakan, kepingan, pemfibrilan dan pengelupasan dapat diperhatikan,Master/Sarjana
Pages: 110
Call Number: TS1176.6.B6N646 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76681+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.