Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463342
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorWan Mohd Khairulikhsan Wan Seman (P46894)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:22:34Z-
dc.date.available2023-09-25T09:22:34Z-
dc.date.issued2014-07-24-
dc.identifier.otherukmvital:76679-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463342-
dc.descriptionKeupayaan enzim kutinase menghidrolisis pelbagai ester berantai pendek dan panjang serta kestabilannya dalam kehadiran agen pengoksidaan dan protease menjadikan ia sangat penting terutamanya dalam industri detergen, farmaseutikal dan industri makanan. Peningkatan skala pengkulturan daripada kelalang goncang kepada kultur fermentasi berkepadatan sel yang tinggi di dalam bioreaktor memerlukan pengoptimuman semula terhadap keadaan pengkulturan. Dalam kajian ini, Pichia pastoris membawa klon cDNA kutinase daripada Glomerella cingulata, pPICZα- CutQ15, telah menghasilkan kutinase rekombinan di dalam bioreaktor 5 L yang mengandungi 2 L kultur medium. Fermentasi telah dijalankan dalam mod suap kelompok untuk menjana biojisim berkepadatan tinggi. Parameter fermentasi yang dioptimumkan adalah pH, komposisi medium, kadar suapan serta tempoh aruhan metanol. Dalam kajian ini, sebanyak 320 g/L berat sel basah dengan aktiviti 434.2 U/mL telah dicapai selepas 18 jam aruhan metanol pada pH 5.0 menggunakan medium garam asas (BSM). Kutinase menunjukkan bahawa ia mempunyai pH dan suhu optimum yang setara dengan kutinase Fusarium solani. Aktiviti kutinase G. cingulata adalah stabil di antara pH 6.0 dan pH 11.0 dengan pH optimum pada pH 8.0 dan enzim ini mengekalkan aktiviti residu 80% selama 30 minit pada suhu 50°C dengan suhu optimum 25°C. Aktiviti kutinase tidak dipengaruhi oleh ion logam kecuali ion Fe2+ yang merencat 40% aktiviti. Kutinase separa direncat oleh 5-10 mM fenilmetilsulfonil florida (PMSF), 5-10 mM β-merkaptoetanol dan 1-5% Tween 20 manakala ia direncat sepenuhnya oleh 5% SDS dan 1-5% Triton X-100. Kestabilan kutinase dikaji dengan kehadiran beberapa agen penstabil yang berpotensi. Secara keseluruhannya, kutinase rekombinan berupaya mengekalkan 90% aktiviti residu dengan kehadiran 20% gliserol atau 10% polietilena glikol atau 1% asid borik atau kalsium karbonat 1 mM pada suhu 25°C selama 10 minggu. Kutinase menunjukkan kecenderungan terhadap rantaian karbon yang sederhana dan panjang seperti pnitrofenil laurat (pNPL) dengan nilai Km sebanyak 7.14 ± 0.18 mM dan kecekapan pemangkinan, kcat/Km sebanyak 6.14 ± 0.21 mM-1s-1. Hidrolisis dan esterifikasi kutinase terhadap minyak kelapa menunjukkan ia mampu untuk menghasilkan ~28% monoasilgliserol (MAG). Enzim ini juga menunjukkan keupayaan menghidrolisis polimer sintetik, polietilena tereftalat (PET) dengan membentuk lubang hemisfera dan kakisan pada permukaan PET. Kutinase G. cingulata yang menunjukkan kestabilan yang tinggi pada julat pH dan suhu yang luas beserta ketidakbergantungan pada kofaktor logam dan mempunyai kespesifikan substrat yang luas menjadikannya calon yang sesuai untuk pelbagai aplikasi industri.,Master/Sarjana,Dissertations, Academic -- Malaysia-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPichia pastoris-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titlePenghasilan tahap tinggi dan pencirian kutinase Glomerella cingulata daripada kultur berketumpatan tinggi Pichia pastoris-
dc.typetheses-
dc.format.pages154-
dc.identifier.callnoQP601.W344 2014 tesis-
dc.identifier.barcode001395-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76679+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.9 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.