Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463339
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulfahmi Ali Rahman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Norliyana binti Harun (P62772)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:22:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:22:25Z-
dc.date.issued2014-02-06
dc.identifier.otherukmvital:76676
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463339-
dc.descriptionPeningkatan populasi penduduk pada masa kini telah menyumbang kepada peningkatan penghasilan sisa buangan setiap hari. Tapak pelupusan memainkan peranan penting dalam menampung jumlah pembuangan sisa pepejal. Cecair larut resap (CLR) yang terhasil dari tapak pelupusan sampah banyak memberi impak negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah, pencemaran bau dan pencemaran tanah. Pemulihan tanah tercemar CLR sering menggunakan abu sekam padi sebagai bahan perawat. Keadaan ini menyebabkan pemahaman terhadap kesan pencemaran dan campuran bahan perawat terhadap cirian geoteknik tanah tidak begitu difahami Kajian ini bertujuan untuk melakukan permodelan tentang kesan pencemaran CLR dan penambahan ASP terhadap sifat geoteknik tanah. Pencirian asas tanah ditentukan adalah taburan saiz partikel, pH, pembelauan sinar-X, imbasan mikroskop elektron, graviti tentu dan kandungan organik tanah. Parameter geoteknik untuk pencemaran cecair larut resap (CLR) terhadap tanah dan tanah dengan penambahan abu sekam padi (ASP) adalah had Atterberg , ujian tiga paksi tidak terkukuh tidak tersalir (UU), ujian pemadatan dan kekonduksian hidraulik. Jumlah CLR ditambah ke dalam sampel tanah adalah 0 %, 5 %. 10% dan 20 % daripada berat kering tanah manakala ASP ditambah adalah 0 %, 5 %, 10 % dan 20 % kepada berat berat kering tanah yang tercemar 10% CLR. Hasil daripada analisis taburan saiz partikel menunjukkan bahawa tanah baki granit didominasi oleh 57.09-60.71 % pasir, diikuti oleh 18.01-20.46% lodak dan 18.65-21.46 % lempung. Graviti tentu adalah antara 2.50 dan2.64 manakala pH yang dicatatkan oleh sampel tanah adalah antara 4.30 dan 4.56. Kaolinit, muskovit dan kuarza adalah antara mineral yang terdapat dalam tanah baki granit. Kandungan lembapan tanah didapati pada kadar 23.40 %, manakala kandungan organik tanah adalah 3.30 %. Nilai kekuatan ricih (UU ) tanah tidak tercemar adalah 156 kN/m2 , 164 kN/m2 dan 207 kN/m2. Hasil ujian had-had Atterberg menunjukkan penyusutan nilai-nilai had cecair (59.7%-40.5%), had plastik (41.3%-35.0%) dan indeks plastik (18.4% -5.5%) dengan pertambahan CLR. Walau bagaimanapun, keadaan yang berbeza berlaku untuk analisis ujian had Atterberg apabila hasil mendapati peningkatan nilai had cecair ( 49.4 %, 59.5 %, 59.10 % dan 60,20 %) dan had plastik ( 37,07 %, 38,17 %, 39.37 %, 42.33 %) apabila kandungan RHA meningkat. Ujian pemadatan menunjukkan nilai ketumpatan kering maksimum dan kandungan air optimum menyusut dengan pertambahan CLR. Manakala pemadatan untuk tanah dengan penambahan ASP meningkat pada penambahan 10% ASP kemudian menurun dengan pertambahan ASP. Kekuatan ricih tanah tercemar CLR menurun dengan pertambahan CLR, manakala meningkat dengan pertambahan ASP. Kekonduksian hidraulik tanah tercemar CLR menurun dengan pertambahan cecair larut resap, namun meningkat pada kandungan CLR 20%. Manakala nilai kekonduksian hidraulik tanah dengan penambahan ASP semakin meningkat sehingga 10% ASP dan menurun pada kandungan ASP 20%. Kajian ini mendapati bahawa CLR mempengaruhi sifat geoteknik tanah dan penambahan ASP terhadap tanah tercemar CLR dapat menambahbaik sifat geoteknik tanah tercemar tersbut.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSifat geoteknik tanah
dc.titleKajian pencemaran cecair larut resap (CLR) dan penambahan abu sekam padi (ASP) terhadap sifat geoteknik tanah baki granit
dc.typetheses
dc.format.pages100
dc.identifier.barcode001390
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76676+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.91 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.