Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463338
Title: | Kajian morfologi, palinologi dan molekul barringtonia J. R. & G. Forst. dan AbdulMajidia whitmore (lecythidaceae) di Semenanjung Malaysia |
Authors: | Rohana binti Kamarul Ariffin (P54297) |
Supervisor: | Abdul Latiff Mohamad, Prof. Emer. Dato' Dr. |
Keywords: | J. R. & G. Forst. dan AbdulMajidia |
Issue Date: | 31-Jan-2014 |
Description: | Kajian ini meliputi dua genus iaitu Barringtonia dan Abdulmajidia di Semenanjung Malaysia. Barringtonia terdiri daripada 16 spesies manakala Abdulmajidia 3 spesies. Spesies baru telah dikenalpasti dari Bukit Bauk yang dinamakan B. sanimiranii dan lokaliti baru untuk B. badia juga direkodkan iaitu di Jeram Linang, Pasir Putih, Kelantan. Salah satu ciri morfologi yang senang dikenalpasti dalam kedua-dua genus adalah pengelompokan daun di hujung dahan. Bentuk daun adalah pelbagai antaranya seperti oblanseolat, obovat-oblong, obovat, lanseolat, eliptik ke agak obovat, eliptik-oblanseolat, oblong-lanseolat dan eliptik. Ciri-ciri ini amatlah berguna bagi pengecaman spesies. Kesemua spesies kajian bagi Abdulmajidia adalah berpetiol manakala Barringtonia mempunyai daun berpetiol, subsesil atau sesil. B. augusta, B. pendula, B. macrocarpa, B. racemosa, B. conoidea, B. asiatica, B. norshamiae, A. rimata dan C. arborea mempunyai daun bersaiz besar. Terdapat dua spesies mempunyai bulu iaitu B. badia dan B. fusiformis. B. badia mempunyai bulu halus pada abaksial daun, paksi perbungaan dan buah manakala B. fusiformis mempunyai bulu seperti baldu pada tulang daun, piring bunga atau juga dikenali sebagai hipantium, buah dan juga pada sepal. Pelbagai bentuk apeks daun dikenalpasti seperti akuminat, mukronat, mukronulat, bulat, kuspidat, akut dan obtus di mana ianya juga berguna untuk pengecaman spesies. Hanya Abdulmajidia mempunyai apeks daun berbentuk akuminat. Kesemua takson mempunyai pangkal daun berbentuk kuneat kecuali B. fusiformis. Namun begitu, beberapa spesies mempunyai pangkal daun kuneat dan sedikit dikuren antaranya seperti B. acutangula subsp. spicata, B. acutangula subsp. acutangula dan B. norshamiae. Kebanyakan spesies mempunyai perbungaan terminal. Perbungaan di aksil serta perbungaan di kedua-dua bahagian aksil dan terminal juga direkodkan. Dua jenis perbungaan direkodkan iaitu rasem dan spika. Bunga yang mempunyai empat sepal dan petal adalah biasa didapati pada spesies kajian. Kebanyakan spesies mempunyai sepal berbentuk eliptik dan petal berbentuk obtus. Abdulmajidia mempunyai bilangan ovul lebih dari 20 kecuali A. rimata. Kajian palinologi hanya dijalankan pada 10 takson Barringtonia iaitu B. acutangula subsp. spicata, B. augusta, B. asiatica, B. norshamieae, B. racemosa, B. schortechinii, B. fusiformis, B. macrocarpa, B. badia dan B. sanimiranii. Debunga genus ini adalah sintrikolpat. Kehadiran monokolporus dikenal pasti pada debunga B. sanimiranii dan B. racemosa di mana, ia hadir hanya pada satu dari tiga bahagian kolpus. Kebanyakan takson mempunyai jenis debunga IV iaitu mempunyai permatang tepi, khutub berkusyen serta khutub ektoapertur terbuka. Bentuk debunga adalah subprolat ke prolat-sferoid. Terdapat lima jenis permukaan dinding eksin telah dikenal pasti antaranya seperti retikulat, foveolat, perforat, psilat dan rugulat. Analisis fenetik umumnya menunjukkan bahawa klad Abdulmajidia mengelompok ke dalam klad Barringtonia manakala B. acutangula subsp. acutangula dan B. acutangula subsp. spicata mungkin boleh dipisahkan sebagai spesies berbeza. Berdasarkan analisis filogenetik, Abdulmajidia dan Barringtonia adalah monofiletik manakala B. acutangula subsp. acutangula dan B. acutangula subsp. spicata tidak mengelompok bersama dalam satu klad. Pohon filogenetik telah disokong oleh nilai butstrap yang lemah iaitu kurang daripada 80%.,Master/Sarjana |
Pages: | 298 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76675+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.