Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463335
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIbrahim bin Abdullah, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMuhammad Hariz bin Othman (P64400)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:22:16Z-
dc.date.available2023-09-25T09:22:16Z-
dc.date.issued2014-09-28-
dc.identifier.otherukmvital:76549-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463335-
dc.descriptionMembran fiber elektrospin polivinil klorida (PVC) terubah suai getah asli (NR) telah dihasilkan melalui kaedah elektrospin. Kesan penambahan getah asli ke atas morfologi dan sifat termal fiber telah dikaji. Membran dihasilkan daripada tiga komposisi nisbah berat yang berbeza bagi setiap adunan PVC dan getah asli (PVC/LNR, PVC/LENR dan PVC/LENRA) iaitu 70:30, 80:20 dan 90:10. Fiber elektrospin PVC/LENRA dirawat menggunakan alur elektron (EB) untuk mengkaji kesan sinaran ke atas morfologi dan sifat termal fiber elektrospin PVC. Keadaan optimum fiber elektrospin boleh ditentukan berdasarkan pembentukan fiber elektrospin yang bersambungan, pembentukan membran yang luas dan strukturnya yang kukuh seperti sehelai kertas. Morfologi fiber elektrospin sampel dikaji dengan menggunakan Mikroskopi Elektron Imbasan (SEM). Kajian mendapati purata diameter untuk fiber elektrospin PVC, PVC/LENR, PVC/LENRA dan PVC/LNR adalah masing-masing 6 ± 2, 3 ± 2, 4 ± 2 dan 5 ± 2 µm. Perbezaan di antara purata diameter fiber adalah disebabkan oleh pembentukan fiber elektrospin berbentuk silinder yang sekata, pembentukan fiber berbuku dan kestabilan campuran polimer. Analisis Termogravimetri (TGA) menunjukkan semua sampel menjalani degradasi termal mengikut corak yang sama iaitu degradasi termal dua peringkat. Suhu puncak degradasi peringkat pertama membran PVC meningkat apabila peratus LENR meningkat iaitu daripada 240°C kepada 243°C untuk 10% dan 30%, disebabkan kesan kestabilan LENR yang menyumbang kepada kesan pemplastikan. Tiada perubahan ketara pada suhu degradasi PVC/LNR disebabkan kurang interaksi di antara dua polimer tersebut. Suhu puncak peringkat pertama dan kedua PVC/LENRA semakin meningkat apabila peratus LENRA meningkat iaitu daripada 256°C kepada 265°Cdan 405°C kepada 408°C disebabkan interaksi yang kuat antara PVC dan LENRA akibat dari pematangan LENRA telah meningkatkan kestabilan. Analisis Kalorimetri Imbasan Kebezaan (DSC) menunjukkan suhu peralihan kaca (Tg) membran PVC/LENR semakin menurun iaitu daripada 55°C kepada 47°C apabila peratus LENR meningkat daripada 10 kepada 30% menunjukkan kesan pemplastikan dan kestabilan LENR ke atas PVC. Suhu Tg membran PVC/LNR juga tidak menunjukkan perubahan ketara iaitu di sekitar 61°C menunjukkan tiada atau kurang interaksi di antara dua juzuk polimer tersebut. Pembentukan puncak eksotermik dan endotermik termogram DSC membran PVC/LENRA yang tidak jelas menunjukkan kehadiran LENRA telah mengganggu pembentukan mikro-struktur penghabluran fiber elektrospin PVC. Sebagai kesimpulan, kehadiran getah asli terubah suai telah terbukti memberi kesan ke atas sifat morfologi dan sifat terma membran fiber elektrospin PVC apabila dicampur bersama.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMorfologi fiber elektrospin-
dc.titleKesan getah asli terubah suai ke atas sifat terma dan morfologi fiber elektrospin PVC-
dc.typetheses-
dc.format.pages119-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76549+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.