Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463333
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ishak Ahmad, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Serawati binti Jafirin (P62181) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:22:13Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:22:13Z | - |
dc.date.issued | 2014-12-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76548 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463333 | - |
dc.description | Elektrolit polimer komposit (CPE) berasaskan getah asli terubahsuai 49% poli(metil metakrilat) cangkukan getah asli (MG49) dan garam litium tetrafloroborat (LiBF4) dan litium triflat (LiCF3SO3) dengan serabut daripada kenaf terubahsuai sebagai pengisi telah disediakan melalui kaedah pengacuanan larutan. Beberapa siri rawatan telah dilakukan ke atas serabut kenaf untuk mengekstrak selulosa. Rawatan alkali dilakukan dengan penambahan larutan akueus 4 bt.% natrium hidroksida (NaOH) pada suhu 80°C. Rawatan pelunturan pula dijalankan dengan penambahan larutan penimbal asid asetik dan larutan akues 1.7 bt.% natrium klorit (NaClO2) pada suhu 80°C selama empat jam. Seterusnya selulosa yang telah diekstrak diubahsuai menjadi karboksimetil selulosa (CMC) dengan menggunakan natrium kloroasetat dan isopropil alkohol sebagai pelarut. Keberkesanan pengubahsuaian selulosa kepada CMC dapat dilihat melalui analisis spektroskopi infra merah fourier transform (FTIR) dengan kehadiran kumpulan karboksil (COOH) pada serapan 1590 cm-1 dan serapan 1416 cm-1 mewakili regangan kumpulan CH2 pada satah yang menunjukkan konstituen kumpulan karboksimetil. Pencirian lain yang dilakukan adalah analisis morfologi menggunakan mikroskopi imbasan elektron (SEM) dan analisis pembelauan sinar-X (XRD). Seterusnya, peringkat kedua penyelidikan melibatkan kajian tentang kesan penambahan CMC ke atas CPE. Penyediaan CPE dilakukan dengan memvariasikan komposisi pengisi (0%, 2%, 4%, 6%, 8% dan 10 bt.%) menggunakan dua jenis garam iaitu LiBF4 dan LiCF3SO3. Selain itu, filem CPE juga disediakan dengan kepekatan garam yang berbeza (10%, 15%, 20%, 25%, dan 30 bt.%) dan komposisi pengisi ditetapkan mengikut nilai optimum yang telah diperolehi daripada ujian sifat mekanik. Filem CPE yang dihasilkan dicirikan dengan menggunakan instrumen spektroskopi impedans elektrokimia (EIS), FTIR, XRD, termogravimetri (TGA), voltametri sapuan linear (LSV), ujian regangan dan SEM. Tujuannya adalah untuk mengkaji kesan kehadiran pengisi CMC terhadap kekonduksian ion, interaksi kimia, kehabluran, sifat terma, kekuatan mekanik dan morfologi. Komposit polimer MG49/CMC telah disediakan dan polimer komposit dengan 6 wt.% CMC mencapai sifat mekanik yang optimum. Kesan kepekatan garam ke atas kekonduksian ion CPE dikaji menggunakan EIS. Kekonduksian ion yang diperolehi pada komposisi garam yang optimum iaitu 25 bt.% adalah 8.06 x 10-6 Scm-1 untuk LiCF3SO3 dan 1.22 x 10-5 Scm-1 untuk garam LiBF4. Analisis FTIR menunjukkan terdapat interaksi diantara Li daripada garam dengan kumpulan C=O dan C-O-C dari struktur metal metakrilat (MMA). Ujian kehabluran menunjukkan kehabluran sampel berkurang dengan penambahan garam dan pengisi CMC. Ujian terma ke atas CPE pula menunjukkan tiga peringkat penguraian utama iaitu degradasi garam, degradasi pengisi dan degradasi polimer induk. Mikrograf SEM membuktikan kehomogenan CMC dalam sistem CPE dan permukaan filem semakin licin dengan peningkatan nilai kekonduksian ion. Ujian sifat mekanik menunjukkan kekuatan mekanik optimum untuk sampel CPE adalah dengan penambahan 6 bt.% CMC dan 25 bt.% garam untuk kedua-dua jenis garam. Analisis kestabilan elektrokimia bagi filem CPE menggunakan LSV menunjukkan tingkap kestabilan yang luas dengan nilai ~2.8 V pada suhu bilik dan ini menunjukkan filem ini mempunyai potensi menarik dalam aplikasi bateri sebenar.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Getah asli | - |
dc.title | Pembangunann elektrolit polimer komposit 49% poli (metil) metakrilat)-cangkungan getah asli diperkuat karboksimetil selulosa daripada kenaf | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 124 | - |
dc.identifier.barcode | 001385 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76548+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.