Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463332
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRizafizah Othaman, Dr-
dc.contributor.authorMohammad Farhan bin Mohd Nor (P63124 )-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:22:11Z-
dc.date.available2023-09-25T09:22:11Z-
dc.date.issued2015-03-25-
dc.identifier.otherukmvital:76546-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463332-
dc.descriptionKajian terhadap membran untuk tujuan pemisahan gas sedang giat dilaksanakan dalam usaha untuk menangani masalah pencemaran udara akibat pembebasan gas karbon dioksida (CO2) yang turut menyebabkan pemanasan global. Pelbagai jenis membran telah dihasilkan bagi tujuan ini dan salah satu jenis membran yang giat dikaji ialah membran matriks tercampur (MMM) yang terdiri daripada membran polimer dengan kehadiran pengisi tak organik. Dalam kajian ini, MMM telah dihasilkan dengan memasukkan pengisi tak organik ke dalam membran komposit getah asli terepoksida (ENR) dan polivinil klorida (PVC). Penyediaan matriks komposit telah dilakukan dengan mengadun ENR dan PVC pada nisbah 60:40 (wt/wt%) sebelum pengisi silika(SiO2) dan magnesium oksida (MgO) dimasukkan dan membran dihasilkan. Membran ENR/PVC dan ENR/PVC/pengisi disediakan menggunakan pengacuan larutan dan kaedah penukaran pelarut. Peratusan pengisi yang digunakan ialah 2, 5 dan 8% (wt%). Analisis infra merah (FTIR) menunjukkan kewujudan puncak serapan pada 467 cm-1 dan 1110 cm-1 pada membran ENR/PVC/SiO2 yang mewakili regangan asimetrik dan regangan simetrik yang berlaku pada kumpulan berfungsi Si−O−Si pada permukaan SiO2. Bagi membran ENR/PVC/MgO pula terdapat puncak serapan pada 3700 cm-1 yang menunjukkan regangan -OH darimagnesium hidroksida (Mg(OH)2) yang terhasil akibat tindak balas MgO dengan air. Analisis terma menunjukkan peratusan residu bagi membran yang terisi SiO2 dan MgO adalah lebih tinggi berbanding membran ENR/PVC kosong pada suhu 600 °C. Difraktogram XRD pula menunjukkan bahawa SiO2 yang dimasukkan ke dalam membran kekal amorfus manakala MgO pula mengalami tindak balas dengan air menghasilkan campuran MgO dan Mg(OH)2. Mikrograf daripadamikroskopi elektron (SEM) menunjukkan membran ENR/PVC/SiO2 memiliki taburan liang yang sekata berbanding membran ENR/PVC/MgO. Purata saiz liang pada permukaan membran ENR/PVC/SiO2 adalah di antara 1.10-2.0 µm manakala pada permukaan membran ENR/PVC/MgO di antara 1.45-2.5 µm. Taburan partikel SiO2 di dalam membran juga adalah lebih sekata berbanding MgO apabila dilihat melalui pemetaan elemen(EDX). Permukaan membran pula menjadi lebih hidrofilik dengan penambahan pengisi apabila diperhatikan melalui analisis sudut sentuhan. Ujian ketelapan gas yang dilakukan terhadap kesemua membran menunjukkan ketelapan gas (P) CO2 adalah lebih tinggi berbanding gasnitrogen(N2) dan metana (CH4). Membran ENR/PVC/SiO2 pula adalah lebih telap terhadap kesemua gas berbanding membran ENR/PVC/MgO. Walaupun begitu, kepilihan gas (α) CO2/N2, N2/CH4 dan CO2/CH4 membran ENR/PVC/MgO adalah lebih tinggi berbanding membran ENR/PVC/SiO2. Secara keseluruhannya, penambahan pengisi SiO2 dan MgO telah meningkatkan ciri-ciri pemisahan gas membran ENR/PVC. Namun membran ENR/PVC/MgO adalah lebih selektifterhadap gas CO2 kerana keafinan gas tersebut terhadap MgO yang bersifat bes. Oleh itu, untuk tujuan pemisahan gas, membran ENR/PVC/MgO adalah lebih sesuai berbanding membran ENR/PVC/SiO2 .,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMembran getah asli-
dc.titlePenyediaan dan pencirian membran getah asli terepoksida/polivinil klorida terisi SiO2 dan MgO untuk pemisahan gas-
dc.typetheses-
dc.format.pages99-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76546+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.