Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463329
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKhoo Kok Siong, Dr.
dc.contributor.authorChun Yuan Tan (P52569)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:22:02Z-
dc.date.available2023-09-25T09:22:02Z-
dc.date.issued2014-11-14
dc.identifier.otherukmvital:76543
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463329-
dc.descriptionLarutan vesikel telah banyak digunakan dalam pelbagai bidang seperti detergen, kosmetik, tekstil, produk penyalut, dan lain-lain lagi. Saiz vesikel merupakan salah satu ciri yang penting di mana saiz akan mempengaruhi tindak balas lakuran, gerakan dan labuhan vesikel. Oleh itu, kajian ini dijalankan melalui penyediaan dan pencirian vesikel dengan penambahan bendasing terhadap larutan vesikel. Surfaktan natrium bis(2-etilheksil) sulfosuksinat (AOT) digunakan untuk sintesis sistem vesikel pada kepekatan yang berbeza. Selepas itu, kesan saiz vesikel penambahan NaCl, kolesterol dan surfaktan kation cetiltrimethilammonium bromida (CTAB) terhadap vesikel AOT dikaji di bawah mikroskop cahaya. Larutan vesikel disediakan pada kepekatan yang berbeza dengan kaedah penghidratan. Tujuannya adalah untuk menyediakan corak vesikel supaya dapat diperhatikan dalam mikroskop cahaya. Kaedah penghidratan dengan air garam NaCl selepas mendapati bahawa vesikel AOT dapat diperhatikan pada 3% (w/w) dalam air tulen. Bentuk vesikel AOT/garam dapat diperhatikan pada 2% (w/w) dalam larutan tersebut. Seterusnya, penghidratan terhadap baki pengeringan larutan kloroform selepas AOT dan kolesterol yang dilarutkan dalam kloroform. Kajian ketiga adalah penambahan larutan kation CTAB kepada larutan vesikel anion AOT. Vesikel gergasi diperhatikan dalam larutan yang keruh. Dengan kehadiran NaCl, larutan AOT lebih jernih. Ini disebabkan pembentukan vesikel yang lebih kecil. Perhubungan antara saiz vesikel dengan kekeruhan larutan dikaji dengan mikroskop cahaya dan spektrofotometer UV-Vis. Selain itu, permerhatian dengan mikroskop cahaya terhadap penambahan molekul besar, kolesterol, telah menggalakkan pembentukan vesikel saiz besar. Selain itu, dengan penggunaan kalorimetri pengimbasan pembezaan, kolesterol didapati meningkatkan suhu peralihan fasa larutan AOT/NaCl. Peningkatan ini adalah daripada 45 oC ke 85 oC dengan peningkatan kepekatan kolesterol. Kadar permerhatian vesikel menjadi rendah dengan larutan campuran AOT/CTAB di bawah mikroskop cahaya. Dengan penggunaan penyerakan cahaya dinamik, purata hidrodinamik diameter menurun daripada 800.0 nm (diameter vesikel AOT/air) kepada 137.8 nm (diameter larutan katanion AOT/CTAB pada nisbah 16:1). Kesimpulannya, penambahan bendasing memberi kesan yang berlainan kepada sistem vesikel AOT. Penambahan NaCl dan surfaktan CTAB masing-masing telah menggalakkan pembentukan saiz vesikel kecil dalam larutan AOT. Manakala, kolesterol, telah menggalakkan pembentukan vesikel dengan saiz yang besar. Selain itu, kekeruhan larutan dapat dikaitkan dengan saiz vesikel yang terbentuk dalam sistem vesikel.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSistem vesikel natrium
dc.titlePenambahan NaCl, kolesterol, surfaktan cetiltrimethilammonium bromida (CTAB) kepada sistem vesikel natrium BIS (2-Etilheksil) sulfosuccinat (AOT)
dc.typetheses
dc.format.pages67
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76543+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
979 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.