Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463328
Title: Pencirian komposit gentian kaca/fenolik serabut tercecair (FST) daripada pencecairan serabut tandan kosong kelapa sawit
Authors: Umar Adli bin Amran @ Mohamad Zaki (P68041)
Supervisor: Sarani Zakaria, Prof Dr.
Keywords: Komposit gentian kaca/fenolik
Issue Date: 15-Oct-2015
Description: Sisa lignoselulosa daripada industri kelapa sawit seperti serabut tandan kosong kelapa sawit (STKKS) berpotensi menjadi alternatif untuk mengurangkan penggunaan fenol petrokimia. STKKS boleh dicairkan menerusi proses pencecairan bagi menghasilkan terbitan fenol seterusnya boleh digunakan dalam penghasilan resin fenolik. Dalam kajian ini, STKKS telah dicairkan di dalam larutan fenol pada suhu 150°C selama 90 minit menggunakan 3 brt% mangkin asid sulfurik. Dua nisbah berat fenol kepada STKKS (F/S) iaitu 2.0 dan 3.0 digunakan bagi melihat kesan nisbah reagen pencecairan terhadap baki pencecairan. Kemudian, hasil pencecairan atau STKKS tercecair (STKKST) melalui tindak balas resinifikasi dengan formalin dalam medium beralkali untuk penghasilan resin fenolik serabut tercecair (FST). Resin FST disediakan dengan tiga nisbah formaldehid terhadap STKKST (F/ST) berbeza iaitu 1.2, 1.5, dan 1.8. Nisbah F/S 3.0 merupakan parameter optimum untuk memperoleh STKKST yang maksimum. Pencirian Inframerah Transformasi Fourier (FTIR) terhadap baki pencecairan menunjukkan puncak pada nombor gelombang 810 dan 750 cm-1 telah muncul dalam spektrum. Puncak ini masing-masing merujuk kepada para dan meta benzena atau lebih khusus iaitu fenol p-alkil dan fenol m-alkil. Difraktogram Pembelauan Sinar-X (XRD) menunjukkan indeks penghabluran (CrI) baki pencecairan telah meningkat. Mikrograf menunjukkan penembusan fenol ke dalam kulit STKKS telah menyebabkan pemisahan berkas serabut kepada serabut individu dan melarutkannya. Spektrum Resonans Magnet Nukleus (NMR) STKKST membuktikan bahawa selulosa telah hilang selepas pencecairan Analisis terhadap resin FST menunjukkan peningkatan F/ST telah menyebabkan pH, kelikatan dan kandungan pepejal resin menurun. Spektrum FTIR resin mengesahkan bahawa kumpulan berfungsi yang wujud dalam resin FST dan resin fenolik komersial adalah serupa. Spektrum NMR pula membuktikan bahawa posisi penggantian para adalah lebih dominan daripada orto dalam tindak balas pempolimeran resin komersial dan FST. Komposit FST berpenguat gentian kaca yang dihasilkan telah memberi sifat hentaman dan lenturan yang lebih baik daripada komposit resin komersial. Walaubagaimanapun, penyerapan air oleh semua sampel komposit FST adalah lebih tinggi berbanding resin komersial. Kemasukan getah asli terepoksida (ENR) dalam komposit FST telah menunjukkan peningkatan dalam kekuatan hentaman. Namun, kekuatan dan modulus lenturan komposit telah menurun kerana getah telah memberikan sifat elastomer kepada komposit. ENR juga telah bertindak sebagai pengserasi antara gentian kaca dengan resin dalam komposit. Penyerapan air oleh komposit FST/ENR telah menunjukkan penurunan kerana getah yang bersifat hidrofobik melidungi komposit daripada ditembusi air.,Master/Sarjana
Pages: 126
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76542+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.