Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463327
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Habibah Hj. Jamil, Dr. | - |
dc.contributor.author | Mahat bin Hj. Sibon (P63154) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:21:59Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:21:59Z | - |
dc.date.issued | 2014-02-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76541 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463327 | - |
dc.description | Kajian penjelajahan geokimia rantau dan mineral berat sangat penting untuk menentukan kawasan yang mempunyai potensi mineral ekonomi. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti sebarang anomali geokimia dan mineral berat yang berasosiasi dengan permineralan di kawasan Chenderiang-Tapah. Sebanyak 893 sampel meliputi 462 sampel sedimen, 397 konsentratmineral berat dan 26 sampel batuan telah diambil daripada kawasan kajian. Sampel-sampel ini telah dianalisis secara terperinci menggunakan beberapa kaedah seperti analisis pemisah Franz isodinamik, petrografi, pembelauan sinar-X (XRD) dan analisis kimia basah khusus untuk menentukan kepekatan 5 unsur (Au, Sn, Pb, Cu dan Zn) yang berasosiasi dengan mineral berat di dalam fraksi saiz butiran sedimen. Antara analisis kimia basah khusus itu ialah analisis cerakin api(kepekatan Au), analisis kolorimetri (kepekatan Sn) dan analisis spektrometer serapan atom(kepekatan Pb, Cu dan Zn). Data kepekatan (Au, Sn, Pb, Cu dan Zn) yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah ststistik log-kebarangkalian Sinclair,dan seterusnya digunakan untuk membina peta anomali geokimia. Hasil kajian mendapati batuan igneus di kawasan kajian dikenalpasti sebagai batuan granit biotit berbutiran hampir sama saiz, jenis peralumina, magmanya berasalan batuan sedimendansecara tektonik terbentuk selepas proses orogeni. Selain itu, fraksi sedimen dalam saiz 75-180 µm telah dikenalpasti sebagai fraksi paling optimum di dalam sungai untuk pengelumpukan Au, manakala Sn pula melimpah di dalam fraksi bersaiz 63-75 µm, 75-180 µm dan>180 µm. Kepekatan Pb dan Cu sangat tinggi di dalam fraksi <63 µm manakala Zn sangat tinggi kepekatannya di dalam fraksi <63 µm dan 63-75 µm. Analisis kualitatif dalam kajian inimembuktikan bahawa mineral berat yang dominan di kawasan kajian ialah ilmenit, kasiterit, turmalin, zirkon, topaz dan magnetit. Oksida besi, xenotim, alanit, monazit, rutil, anatas, leukoksen, kromit, kolumbit, pirit, garnet, olivin dan emas hadir dalam jumlah yang kecil. Berdasarkan kajian morfologi, emping emas berbentuk kompleks, butirannya bulat hingga sub-bulat, dan kesferaannya dari sub-cakera hingga prisma menunjukkanjarak angkutan butiran emas di kawasan kajian adalah pelbagai iaitu dekat, sederhana jauh hingga jauh dari sumber permineralannya. Berdasarkan peta anomali, Au tersebar di kawasan batuan metasedimen manakala Sn tertabur di kedua-dua kawasan batuan metasedimen dan granit. Corak anomali Pb menunjukkan jarak sebaran yang dekat, diikuti oleh Cu (sebaran sederhana) dan Zn (sebaran luas). Dua kawasan anomali Au dan Sn ditemukan di kawasan kajian. Kedua-dua kawasan berkeutamaan satu yang mana masing-masing berkeluasan 21 km2 dan 35 km2, terletak di utara dan tenggara Bandar Tapah. Kawasan ini dicadangkan untuk kajian Au dan Sn yang terperinci pada masa akan datang.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Geokimia dan mineral berat | - |
dc.title | Kajian penjelajahan geokimia dan mineral berat di kawasan Chenderiang-Tapah, Perak | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 250 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76541+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.