Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463326
Title: Komposisi surfaktan di persekitaran Tasik Chini
Authors: Intan Suraya binti Razak (P57290)
Supervisor: Mohd Talib Bin Latif, Prof. Dr.
Keywords: Komposisi surfaktan
Tasik Chini
Issue Date: 15-Aug-2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk melihat komposisi, ciri dan fluks surfaktan serta mengenal pasti sumber surfaktan yang wujud di persekitaran. Oleh itu, Tasik Chini telah dipilih sebagai kawasan persampelan yang mana terdapat dua stesen persampelan zarahan terampai iaitu di Stesen Penyelidikan Tasik Chini UKM (PPTC) dan Sekolah Kebangsaan Tasik Chini. Manakala terdapat tujuh stesen persampelan bagi lapisan mikro permukaan tasik (LMPT) dan air hujan iaitu di Laut Gumum, Laut Cenahan, Kuala Sungai Chini, Laut Kenawar, Laut Melai, Laut Batu Busuk dan Laut Jemberau. Alat persampelan udara isipadu tinggi (HVAS) digunakan untuk persampelan zarahan terampai halus (diameter <1.5 µm) dan zarahan kasar (diameter >1.5 µm). Manakala, alat drum pemutar digunakan bagi mengambil sampel LMPT sementara botol kaca gelap untuk mengumpul sampel air hujan. Analisis surfaktan anionik dan kationik dijalankan melalui kaedah kalorimetri dengan menggunakan spektrometer ultralembayung-boleh nampak (UV-Vis) setelah sampel diekstrak sebagai sebatian aktif metilena biru (MBAS) dan sebatian aktif disulfina biru (DBAS). Bagi penentuan sumber surfaktan, komposisi ionik dari aerosol atmosfera dijalankan menggunakan kromatografi ion bagi analisis anion dan spektroskopi jisim pancaran plasma gandingan aruhan bagi analisis kation. Hasil kajian menunjukkan komposisi zarahan halus di atmosfera didominasi oleh surfaktan anionik (MBAS) di kedua-dua stesen dengan purata kepekatan 94.01 ± 8.95 pmolm-3 manakala kepekatan surfaktan kationik (DBAS) di kedua-dua stesen hanya 55.65 ± 3.61 pmolm-3. Bagi zarahan kasar pula, kepekatan surfaktan anionik (MBAS) adalah sebanyak 42.54 ± 4.17 pmolm-3 dan kepekatan surfaktan kationik (DBAS) pula dicatatkan sebanyak 28.59 ± 1.92 pmolm-3. Kepekatan surfaktan dalam LMPT pula mencatatkan julat kepekatan surfaktan anionik (MBAS) sebanyak 0.33 - 0.36 µmolL-1 dan kepekatan surfaktan kationik (DBAS) adalah 0.24 - 0.25 µmolL-1. Julat kepekatan surfaktan anionik (MBAS) di dalam air hujan pula adalah 0.30- 0.32 µmolL-1 dan kepekatan surfaktan kationik (DBAS) adalah 0.23 - 0.25 µmolL-1. Tiada perbezaan yang beerti diperolehi di antara kepekatan MBAS dan DBAS (p > 0.05) hasil analisis ANOVA yang dijalankan. Komposisi ionik dari aerosol atmosfera mendapati corak kepekatan kation adalah Na > K > Ca > NH4 > Mg dalam zarahan halus dan Na > K > Ca > Mg > NH4 dalam zarahan kasar. Bagi komposisi kation pula, corak kepekatan bagi kedua zarahan halus dan kasar adalah sama iaitu SO42- > NO3- > Cl- > F-. Hasil analisis komponen utama mendapati empat faktor penyumbang surfaktan bagi zarahan halus dan tiga bagi zarahan kasar. Analisis komponen utama dan linear regresi berganda pula menunjukkan peratusan terbesar penyumbang surfaktan di Tasik Chini adalah dari sumber tanih dan kerak bumi bagi kedua zarahan halus dan kasar. Sumber utama surfaktan di Tasik Chini dapat dibuktikan lagi dari hasil pengiraan kitaran fluks surfaktan surfaktan terutamanya surfaktan anionik dengan anggaran sebanyak 247.88 Mmoltahun-1 dan Anggaran fluks surfaktan MBAS dari permukaan Tasik Chini adalah sebanyak 2.37×106 molhari-1 dan 8.65× 108 moltahun-1. Hasil kajian ini mendapati kehadiran surfaktan lebih signifikan dipengaruhi oleh aktiviti setempat dan guna tanah yang berbeza di sekeliling Tasik Chini dan ia dibuktikan melalui Analisis Hirarki Algorithma Klaster (HACA) yang menghasilkan 3 kluster berbeza mengikut kepekatan surfaktan dalam LMPT dan air hujan.,Master/Sarjana
Pages: 137
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76540+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.