Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463325
Title: Kandungan makronutrien, aktiviti antioksidan dan kesan sitotoksik rumpai Laut Merah ke atas sel hepatokarsinoma HEPG2
Authors: Farah Diyana binti Ariffin (P53931)
Supervisor: Aminah Abdullah, Prof. Dr.
Keywords: Rumpai Laut Merah
Issue Date: 2-Jan-2015
Description: Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai potensi rumpai laut merah (K. alvarezii dan K. striatum) sebagai sumber makanan fungsian yang berkhasiat. Penentuan kandungan lembapan, lemak, abu, protein dan gentian kasar K. alvarezii dan K. striatum telah dijalankan. Kandungan karbohidrat dikira secara perbezaan. Kandungan fenolik jumlah (TPC) dan aktiviti antioksidan (asai pemerangkapan DPPH dan asai keupayaan antioksidan setara Trolox, TEAC) bagi ekstrak K. alvarezii dan K. striatum ditentukan menggunakan pelarut pada kepekatan berbeza (etanol: 50%, 70%, 100%; aseton: 50%, 70%, 100%; metanol: 50%, 70%, 100%). Kesan sitotoksik ekstrak antioksidan K. alvarezii dan K. striatum terhadap sel hepatokarsinoma HepG2 telah ditentukan melalui kaedah asai 3-(4,5-dimetiltiazol-2-il)-2,5-difeniltetrazolium bromida (MTT) dan mod kematian sel ditentukan dengan kaedah pewarnaan Annexin V-FITC/PI menggunakan sitometri aliran. Hasil kajian mendapati purata kandungan lembapan, lemak, abu, protein, gentian dan karbohidrat bagi K. alvarezii dan K. striatum adalah masing-masing 6.9% dan 7.3%, 0.5% dan 2.6%, 29.4% dan 30.9%, 2.5% dan 5.7%, 5.3% dan 5.5% serta 50.1% dan 53.3%. Nilai TPC bagi ekstrak K. alvarezii adalah di antara 6.7 hingga 17.3 mgGAE/100g berat basah sampel. Nilai TPC bagi ekstrak K. striatum adalah pada julat 21.6 - 107.5 mgGAE/100g berat basah sampel. Nilai TPC menunjukkan korelasi positif (p≤0.01) dengan peratus pemerangkapan DPPH dan nilai TEAC bagi ekstrak K. alvarezii dan K. striatum. Peratus pemerangkapan DPPH bagi ekstrak K. alvarezii adalah di sekitar 18.3% hingga 35.6% manakala peratus pemerangkapan DPPH bagi ekstrak K. striatum adalah dalam julat 12.3% - 56.6%. Peratus pemerangkapan DPPH menujukkan korelasi positif (p≤0.01) dengan nilai TEAC bagi ekstrak K. alvarezii dan K. striatum. Nilai TEAC bagi ekstrak K. alvarezii adalah dalam julat 14.0 hingga 52.7 µmol TE/100g sampel manakala nilai TEAC bagi ekstrak K. striatum adalah dalam julat 56.0 hingga 111.8 µmol TE/100g sampel. Kehadiran aktiviti antioksidan disebabkan kandungan flavonoid dan asid fenolik yang telah dikenalpasti melalui Kromatografi Cecair Berprestasi Tinggi (HPLC). Nilai IC50 ekstrak K. alvarezii untuk merencat proliferasi sel hepatokarsinoma HepG2 adalah 1.8 mg/mL manakala nilai IC50 ekstrak K. striatum adalah 0.9 mg/mL. Namun, lebih daripada 80% sel hepatokarsinoma HepG2 adalah viabel selepas dirawat dengan kepekatan IC50 ekstrak K. alvarezii dan K. striatum menggunakan pewarnaan Annexin V-FITC/PI. Sebanyak 10% hingga 11% sel hepatokarsinoma HepG2 yang mati secara apoptosis menunjukkan ekstrak K. alvarezii dan K. Striatum menyebabkan sel sitostatik pada kepekatan yang tinggi. Kesimpulannya, K. alvarezii dan K. striatum menunjukkan kehadiran makronutrien dan antioksidan yang penting untuk kesihatan dan tidak menunjukkan kesan sitotoksik terhadap sel hepatokarsinoma HepG2.,Master/Sarjana
Pages: 126
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76539+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.