Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463324
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMunir Abdul Murad, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNoor Liana binti Mat Yajit (P63285)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:21:55Z-
dc.date.available2023-09-25T09:21:55Z-
dc.date.issued2014-12-15-
dc.identifier.otherukmvital:76538-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463324-
dc.descriptionβ-1,3-glukanase dan β-1,3-1,4-glukanase memainkan peranan penting dalam menghidrolisis beta glukan masing-masing menghasilkan produk laminarin oligosakarida dan selooligosakarida. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan β-1,3-glukanase (Blg32) dan β-1,3-1,4-glukanase (Blg29) rekombinan daripada bakteria alkalifil, Bacillus lehensis G1 dan mencirikan sifat biokimia enzim rekombinan tersebut. Kedua-dua enzim rekombinan telah dihasil menggunakan sistem pengekspresan Escherichia coli. Gen blg32 dan blg29 diamplifikasi daripada B. lehensis G1 dan diklonkan ke dalam vektor pengklonan pGEM-T Easy dan seterusnya ke dalam vektor pengekspresan pET200/D-TOPO. Protein Blg32 dan Blg29 rekombinan berjaya diekspres dalam keadaan larut di dalam E. coli BL21 (DE3). Kedua-dua protein β-1,3-glukanase dan β-1,3-1,4-glukanase rekombinan berjaya ditulen menggunakan kaedah kromatografi afiniti logam terpegun (IMAC). Larian protein pada gel poliakrilamida-sodium dedosil sulfat (SDS-PAGE) menunjukkan saiz Blg32 dan Blg29 masing-masing adalah sekitar 32 kDa dan 29 kDa. Pencirian biokimia seperti penentuan suhu dan pH optimum, kestabilan pada suhu dan pH yang berbeza, kesan kehadiran ion logam dan reagen kimia, kespesifikan substrat dan kajian kinetik enzim telah dilakukan. Blg32 dan Blg29 adalah paling aktif pada pH dan suhu optimum yang berbeza iaitu masing-masing pada pH 8.0 dan pH 9.0 serta pada suhu 70°C dan 60°C. Kedua-dua enzim juga menunjukkan profil kestabilan pH yang berbeza di mana Blg32 stabil pada pH 5 hingga 10 manakala Blg29 pula stabil pada pH 8 hingga 10. Kedua-dua enzim juga menunjukkan profil kestabilan suhu yang berbeza di mana Blg32 stabil pada julat suhu 50°C hingga 60°C manakala Blg29 pula stabil pada julat suhu 50°C sehingga 70°C. Penambahan Mn2+, Na+ dan Ca2+ pada kepekatan 5 mM telah meningkatkan aktiviti Bgl32 masing-masing sebanyak 24%, 18% dan 13% manakala penambahan ion logam tidak memberi peningkatan yang signifikan terhadap aktiviti Blg29. Kespesifikan substrat didapati berbeza antara kedua-dua enzim. Blg32 menunjukkan kespesifikan substrat yang tinggi terhadap laminarin dan beta glukan daripada barli manakala rendah terhadap likenan dengan aktiviti spesifik masing-masing adalah 524.12 Umg-1, 393.12 Umg-1 dan 2.16 Umg-1. Blg29 menunjukkan kespesifikan substrat yang tinggi terhadap likenan dan beta glukan daripada barli dan sangat rendah terhadap laminarin dengan aktiviti spesifik masing-masing adalah 1055.04 Umg-1, 1002.08 Umg-1 dan 12.56 Umg-1. Blg32 menunjukkan kadar hidrolisis kcat: 503.14 s-1 dan keefisienan katalitik (kcat/KM) 131.36 mLs-1mg-1 terhadap laminarin manakala kadar hidrolisis terhadap beta glukan barli (kcat) adalah 444.44s-1 dan keefisienan katalitik (kcat/KM) adalah 81.93 mLs-1mg-1. Blg29 menunjukkan kadar hidrolisis (kcat) 986.39 s-1 dan keefisienan katalitik (kcat/KM) 210.32 mLs-1mg-1 terhadap likenan manakala kadar hidrolisis terhadap beta glukan barli (kcat) adalah 1156.3 s-1 dan keefisienan katalitik (kcat/KM) adalah 163.68mLs-1mg-1. Kesimpulannya, sifat biokimia kedua-dua glukanase rekombinan daripada B. lehensis G1 ini telah berjaya dicirikan dan kedua-dua enzim ini menunjukkan ciri kestabilan suhu yang baik, stabil pada pH beralkali dan mempunyai aktiviti enzim yang tinggi.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBacillus lehensis G1-
dc.titlePengekspresan dan pencirian b-1,3-glukanase dan b-1,3-1,4-glukanase rekombinan daripada bacillus lehensis G1-
dc.typetheses-
dc.format.pages115-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76538+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.