Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463322
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Fatin Nurashikin binti Mohd Arif (P59606) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:21:51Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:21:51Z | - |
dc.date.issued | 2014-01-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76537 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463322 | - |
dc.description | Analisis masa dan reruang bagi ciri-ciri kemarau di Malaysia sepanjang tempoh 55 tahun dari tahun 1951-2005 dikaji berdasarkan Standardized Precipitation Index (SPI) menggunakan data stesen daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dan data grid yang diambil daripada Global Precipitation Climatology Center (GPCC). Untuk bahagian unjuran kemarau, data hujan untuk tempoh 29 tahun (2070-2098) daripada Hadley Centre Couple Model, version 3 (HadCM3) digunakan. Model dikonfigurasi kepada resolusi 25 km x 25 km dengan menggunakan Providing Regional Climate for Impacts Studies (PRECIS) sebagai alat penurunskala. Pengiraaan peratusan kemarau bagi setiap kategori dibuat dengan mengira bilangan peristiwa bulan yang mempunyai nilai SPI kurang daripada aras ambang dan dibahagikan dengan jumlah bilangan bulan. Secara umumnya, berdasarkan jumlah hujan bagi data stesen, peratusan anggaran peristiwa kemarau masing-masing adalah kira-kira 9, 5, dan 2 peratus untuk kategori kemarau sederhana, kemarau teruk dan kemarau ekstrim. Peratusan peristiwa kemarau lebih tinggi jika analisis dibuat menggunakan data grid. Kajian menunjukkan daripada 21 peristiwa kemarau ekstrim sepanjang 56 tahun, 10 daripadanya disebabkan oleh fenomena El Niño konvensional manakala 8 daripadanya dipercayai disebabkan oleh El Niño Modoki. Hampir 86% peristiwa kemarau berkait rapat dengan fenomena El-Niño. Selain itu, analisis EOF juga menunjukkan bahawa mod yang paling dominan bagi variasi SPI ialah El Niño konvensional dan El Niño Modoki. Kawasan kemarau juga mengalami fluks kelembapan positif disebabkan oleh keadaan anomali yang berkaitan dengan El Niño. Walau bagaimanapun, kemarau setempat juga disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak berkaitan dengan fenomena El Niño. Simulasi model menunjukkan peratusan kejadian kemarau bagi setiap kategori adalah konsisten dengan peratusan kejadian kemarau yang dianggarkan oleh data cerapan. Analisis unjuran kemarau mendapati terdapat beberapa kawasan yang mengalami peningkatan dan penurunan peratusan peristiwa kemarau. Bagi kemarau kategori sederhana dan teruk, bahagian timur utara Borneo dijangka mengalami peningkatan peratusan peristiwa kemarau sebanyak 7-8 % dan 4-5%, manakala peratusan peristiwa kemarau kategori ekstrim dijangka berkurangan.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Fenomena kemarau | - |
dc.subject | Malaysia | - |
dc.title | Kajian pencirian fenomena kemarau di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 82 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76537+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.