Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463321
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abdul Rahim Samsudin, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Hardianshah bin Saleh (P62658) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:21:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:21:48Z | - |
dc.date.issued | 2014-04-04 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76536 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463321 | - |
dc.description | Survei geofizik melibatkan teknik duga dalam keberintangan elektrik (VES), pengimejan keberintangan elektrik (ERI) dan pengutuban teraruh (IPI) telah di jalankan bagi mengkaji geologi sub-permukaan dan menentukan potensi akuifer dalam batuan sedimen Kumpulan Dent, Lahad Datu, Sabah. Batuan sedimen di kawasan ini terdiri daripada tiga formasi batuan yang dinamakan sebagai Formasi Sebahat, Ganduman dan Togopi. Kajian VES telah dijalankan menggunakan meter keberintangan ABEM SAS300C di 56 stesen. Jarak maksimum elektrod arus adalah 500 m yang menggunakan tatarajah Schlumberger dengan penembusan kedalaman maksimum sekitar 120 m. Manakala survei teknik ERI dan IPI telah dijalankan di 18 lokaliti dengan menggunakan peralatan ABEM SAS1000. Tatarajah Schlumberger juga turut digunakan dengan jarak maksimum elektrod arus adalah 400m yang memberikan maklumat kajian pada kedalaman sekitar 70 m. Korelasi antara pentafsiran data geofizik dan data litologi daripada lubang gerudi telah menghasilkan satu profil keberintangan geo-elektrik untuk setiap Formasi Sebahat dan Formasi Togopi selain lima profil untuk Formasi Ganduman. Hasil kajian menunjukkan, Formasi Sebahat yang dibentuk oleh lapisan batu lempung masif mempunyai nilai keberintangan yang rendah (2-11Ω.m). Manakala Formasi Ganduman yang umumnya terdiri daripada sembilan jenis lapisan bahan bumi dan berbeza ketebalan yang memberikan julat keberintangan elektrik yang besar. Bahan bumi Formasi Ganduman terdiri daripada tanah permukaan (10-150Ω.m), tanah permukaan dengan kehadiran kerikil (17-400 Ω.m.), lapisan pasir dengan sedikit lempung (10-34 Ω.m), lapisan dominasi pasir (22-493 Ω.m.), lapisan dominasi pasir dengan kehadiran lodak (200- 700 Ω.m), lapisan pasir padat (segar) (240-1580 Ω.m), lapisan dominasi lodak dengan sedikit pasir (6-16 Ω.m), campuran lodak dengan kehadiran kekanta batu kapur (25- 150 Ω.m) dan lapisan lempung (1-12 Ω.m). Formasi Togopi pula terdiri daripada lapisan tanah permukaan (26-79 Ω.m), diikuti dengan lapisan lempung (8-13 Ω.m ) dan lapisan batu pasir (30-108 Ω.m) serta blok batu kapur (400-4000 Ω.m). Keputusan kajian menunjukkan, Formasi Sebahat ditafsirkan tidak berpotensi membentuk akuifer yang mampu menyimpan air bawah tanah. Manakala kawasan yang mempunyai lapisan pasir tebal dalam Formasi Ganduman yang diapit oleh lapisan lempung mampu membentuk akuifer yang baik dan berpotensi menghasilkan akuifer terkekang. Lapisan batu pasir dan blok batu kapur dalam Formasi Togopi juga ditafsirkan berpotensi menjadi akuifer yang baik,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Geologi sub-permukaan | - |
dc.subject | Lahad Datu Sabah | - |
dc.title | Aplikasi kaedah geofizik gunaan dalam penyiasatan geologi sub-permukaan bagi menilai potensi akuifer di dalam batuan sediment kumpulan dent, Lahad Datu Sabah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 220 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76536+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 70.44 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76536+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF Restricted Access | 433.27 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76536+SOURCE3+SOURCE3.0.PDF Restricted Access | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76536+SOURCE4+SOURCE4.0.PDF Restricted Access | 3.75 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76536+SOURCE5+SOURCE5.0.PDF Restricted Access | 31.27 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76536+SOURCE6+SOURCE6.0.PDF Restricted Access | 273.38 kB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76536+SOURCE7+SOURCE7.0.PDF Restricted Access | 1.62 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_76536+SOURCE8+SOURCE8.0.PDF Restricted Access | 46.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.