Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463320
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJalifah Latip, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNur Indah bt Abdul Shukor (P46543)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:21:44Z-
dc.date.available2023-09-25T09:21:44Z-
dc.date.issued2014-07-15-
dc.identifier.otherukmvital:76535-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463320-
dc.descriptionKajian fitokimia telah dijalankan ke atas kayu dan Shorea guiso, kulit kayu Shorea maxwelliana dan ranting Shorea johorensis yang telah dikutip masing-masing dari Terengganu, Hutan Simpan UiTM, Jengka, Pahang dan Hutan Simpan Panti, Johor. Serbuk dahan S. guiso telah diekstrak dalam pelarut aseton dan metanol menggunakan peralatan Soxhlet. Manakala serbuk kulit kayu S. maxwelliana dan serbuk ranting S. johorensis pula masing-masing direndam dalam pelarut aseton secara rendaman sejuk. Kesemua ekstrak yang terhasil ditulenkan menggunakan pelbagai teknik kromatografi yang berbeza seperti kromatografi lapisan nipis, kromatografi cecair vakum, kromatografi radial, kromatografi turus serta kromatografi lapisan nipis preparatif. Sebanyak lima belas sebatian tulen fenolik telah berjaya dipencilkan daripada ketiga-tiga spesies tersebut. Dua sebatian tulen oligomer stilbenoid dipencilkan daripada bahagian kayu dahan S. guiso iaitu (+)-grandifenol B daripada ekstrak aseton dan (-)-hopeafuran daripada ekstrak metanol. Sebanyak tujuh sebatian tulen oligomer stilbenoid iaitu (+)-resveratrol-10-glukopiranosida, (-)-diptoindonesin D, (-)-viniferin, (-)-diptoindonesin G, (+)-viniferin, (-)-hopeafenol, (+)-ampelopsin H, dan satu sebatian flavonoid (+)-engeletin diperolehi daripada ekstrak aseton kulit kayu S. maxwelliana. Pemencilan sebatian fenolik daripada ranting S. johorensis pula berjaya menghasilkan enam oligomer stilbenoid iaitu (-)-ampelopsin A, dan (-)-laevifonol, ampelopsin E, (-)-johorenol A, dan (+)-vatikanol B. Penentuan struktur bagi semua komponen kimia tulen yang diperolehi adalah berdasarkan kepada data analisis spektroskopi seperti spektroskopi inframerah (IM), spektroskopi ultralembayung (UL), spektroskopi jisim (SJ) dan resonans magnetik nukleus (RMN) serta perbandingan dengan data literatur. Kesemua ekstrak kasar serta sebatian tulen ini diuji keaktifan sitotoksinya terhadap titisan sel hati manusia Chang dan sel hepatokarsinoma HepG2. Hanya ekstrak metanol bagi bahagian kulit kayu S. maxwelliana yang didapati toksik terhadap sel HepG2 dengan nilai IC50 50.2 ±g/ml melalui ujian MTT selepas 72 jam. Bagi oligostilbenoid tulen pula, (-)-hopeafenol menunjukkan kesan ketoksikan yang paling tinggi terhadap sel Hep-G2 dengan nilai IC50 4.5 ± 0.15 ±M berbanding (+)--α-viniferin (IC50 17.0 ± 0.77 ±M) dan ampelopsin E (IC50 22.5 ± 0.73 ±M). Di samping itu, (+)-resveratrol-10-C--β-D-glukopiranosida, (-)-ampelopsin A, diptoindonesin D, (-)-diptoindonesin G, (-)-ε-viniferin, (-)-hopeafuran, (+)-johorenol B, (-)-laevifonol, (-)-johorenol A, (+)-ampelopsin H, (+)-grandifenol B, (+)-vatikanol B dan (+)-engeletin adalah tidak toksik terhadap kedua-dua titisan sel hati Chang dan HepG2,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectShorea guiso-
dc.subjectShorea maxwelliana-
dc.subjectShoea johorensis-
dc.titleKajian kimia dan kesitotoksikan Shorea guiso, Shorea maxwelliana dan Shoea johorensis-
dc.typetheses-
dc.format.pages362-
dc.identifier.callnoQK495.D564N846 2014 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76535+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.