Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463319
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohammad Hafizuddin Haji Jumali, Dr. | - |
dc.contributor.author | Noor Razinah binti Rahmat (P53221) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:21:43Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:21:43Z | - |
dc.date.issued | 2014-09-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76534 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463319 | - |
dc.description | Satu kajian bagi menentukan kesan saiz dan kepekatan bintik kuantum kadmium selenida (CdSe) ke atas sifat optofizikal poli(9,9-di-n-oktilfluorenil-2,7-diil) (PFO) telah dijalankan. Struktur elektroniknya yang berpadanan serta keperluan mengkaji kesesuaian sifat optofizikal nanokomposit PFO/CdSe untuk kegunaan aplikasi mendorong penyelidikan ini dijalankan.Bintik kuantum CdSe disintesis menggunakan kaedah kimia basah pada suhu 260 oC dengan mengubah tempoh pertumbuhan antara 10 hingga 120 saat.Nanokomposit PFO/CdSe pula disediakan menggunakan kaedah adunan larutan.Semua sampel bintik kuantum yang terhasil dicirikan menggunakan mikroskopi transmisi elektron (TEM), spektroskopi ultralembayung-boleh nampak (UV-Vis) dan spektroskopi fotopendarcahaya (PL) masing-masing bagi memperolehi maklumat taburan saiz, panjang gelombang serapan dan pancaran zarah.Pencirian TEM menunjukkan bintik kuantum yang terhasil membesar secara sistematik dari (3.0±0.3) nm sehingga (5.3±0.1) nm dengan peningkatan tempoh pertumbuhan.Pencirian UV-Vis dan PL menunjukkan berlakunya anjakan merah bagi spektrum serapan dan pancaran akibat dari pertambahan saiz zarah.Anjakan merah ini juga menandakan jurang tenaga bintik kuantum berkurang dengan peningkatan saiz. Walaupun tiada perubahan ketara pada spektrum serapan nanokomposit PFO/CdSe, keamatan pancaran puncak PFO menyusut selepas penambahan CdSe yang menandakan berlakunya perpindahan cas dari PFO ke CdSe. Penyusutan keamatan pancaran PFO didapati dipengaruhi oleh saiz dan kepekatan bintik kuantum yang digunakan.Analisis Stern-Volmer membuktikan bahawa penyusutan keamatan fotopendarcahaya nanokomposit PFO/CdSe merupakan penyusutan dinamik.Dapatan ini disokong dengan hasil pengiraan tempoh hayat pancaran oleh nanokomposit PFO/CdSe yang lebih rendah berbanding PFO tulen.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Sifat optofizikal nanokomposit poli | - |
dc.title | Sifat optofizikal nanokomposit poli (9,9-di-n-oktilfluorenil-2,7-diil)/kadmium selenida | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 72 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76534+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.55 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.