Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463318
Title: Pengaruh surfaktan terhadap kecekapan perencat kakisan ekstrak jerami padi
Authors: Rabiahtul binti Zulkafli. (P64848)
Supervisor: Norinsan Kamil Othman, Dr.
Keywords: Kecekapan perencat kakisan
Issue Date: 21-Nov-2014
Description: Ekstrak jerami padi (Oryza sativa L.) boleh bertindak sebagai perencat kakisan untuk keluli karbon dalam media berasid. Walau bagaimanapun, perencat kakisan berasaskan ekstrak jerami padi melalui kaedah kehilangan berat memberikan peratusan kecekapan perencatan maksimum pada nilai 75 %. Oleh sebab itu, kecekapan perencatan ini perlu dipertingkatkan ke tahap yang optimum agar kadar kakisan dapat diperlahan dan dikawal. Dalam penyelidikan ini, peningkatan kecekapan perencat kakisan daripada ekstrak jerami padi dalam 1 M HCl dikaji dengan penambahan surfaktan berbeza cas dalam kuantiti yang sangat kecil iaitu 1 hingga 10 ppm. Jenis surfaktan yang dipilih adalah surfaktan kationik, nonionik dan anionik. Ekstrak jerami padi dihasilkan melalui kaedah pengekstrakan pelarut etanol dan air. Hasil pengekstrakan akan dianalisa menggunakan spektroskopi inframerah transformasi fourier (FTIR) bagi mengenal pasti kehadiran kumpulan berfungsi yang bertindak sebagai agen perencatan. Formulasi perencat kakisan dihasilkan dengan menggunakan 1500 ppm ekstrak jerami padi dan surfaktan pada kepekatan yang berbeza. Beberapa ujian kakisan telah dijalankan menerusi kaedah kehilangan berat, analisa permukaan, kaedah Tafel polarisasi, pengukuran spektroskopi impedans (EIS) dan kajian isoterma penjerapan. Kajian kehilangan berat menunjukkan pertambahan kepekatan surfaktan akan mengurangkan nilai kehilangan berat spesimen keluli karbon, sekaligus meningkatkan peratus kecekapan perencatan kakisan. Apabila surfaktan kationik ditambah ke dalam perencat kakisan ekstrak jerami padi, kecekapan perencatan meningkat dari 75 sehingga 95 %. Penambahan surfaktan nonionik dan anionik telah meningkatkan kecekapan perencatan sehingga 82 dan 83 % masing-masing pada kepekatan optimum 10 dan 5 ppm. Kajian Tafel polarisasi menunjukkan ketiga-tiga surfaktan yang ditambah bertindak sebagai perencat jenis campuran mampu meningkatkan nilai kecekapan perencatan kakisan dari 75 kepada 92, 87 dan 88 % masing-masing untuk surfaktan kationik, nonionik dan anionik. Keputusan EIS menunjukkan diameter semibulatan tertindas, nilai kerintangan perpindahan cas dan peratusan kecekapan bertambah dengan pertambahan kepekatan surfaktan untuk kesemua surfaktan yang dikaji. Ini menunjukkan bahawa terbentuk lapisan perlindungan pada permukaan logam yang bertindak sebagai penghalang untuk perpindahan cas berlaku. Penjerapan ketiga-tiga surfaktan mematuhi isoterma Langmuir dengan nilai pekali regrasi R2 antara julat 0.68 - 0.999. Manakala, nilai ΔG°ads antara julat - 32.4 hingga -39.5 kJ mol-1 menunjukkan bahawa penjerapan antara molekul surfaktan dengan keluli karbon berlaku secara elektrostatik. Analisa permukaan pada spesimen yang dirawat dengan surfaktan secara umumnya lebih licin dan kurang taburan kakisan liang berbanding yang direndam dalam perencat kakisan ekstrak jerami padi. Kesan sinergi penambahan surfaktan telah merencatkan tindak balas kakisan yang berlaku pada permukaan keluli karbon. Surfaktan kationik memberikan kesan perencatan paling efektif diikuti surfaktan anionik seterusnya surfaktan nonionik. Kesimpulannya, parameter sinergisma yang memberikan nilai lebih tinggi daripada satu menunjukkan bahawa penggunaan surfaktan sebagai bahan tambah dalam perencat kakisan ekstrak jerami padi dapat memberikan kesan yang positif seterusnya menambah baik sifat jerami padi sebagai perencat kakisan,Master/Sarjana
Pages: 130
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76533+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76533+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF
  Restricted Access
463.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_76533+SOURCE3+SOURCE3.0.PDF
  Restricted Access
4.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.