Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463317
Title: Pencirian genotip dan filodinamik virus hepatitis c pencilan Malaysia melalui analisis jujukan 5' UTR, teras dan NS5B
Authors: Siti Noraziah Abu Zarin (P58609)
Supervisor: Nazlina Bt Ibrahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Pencirian genotip dan filodinamik
Issue Date: 15-Jun-2015
Description: Pengetahuan berkaitan asal usul dan kepelbagaian genetik virus hepatitis C (HCV) adalah penting untuk proses penambahbaikan rawatan dan penghasilan vaksin terhadap virus ini. Walau bagaimanapun, data berkaitan epidemiologi molekul hepatitis C di Malaysia amat kurang dilaporkan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti evolusi dan sejarah penyebaran HCV berdasarkan jujukan 5'UTR, teras dan NS5B daripada RNA yang dipencilkan daripada penderma darah yang positif HCV. Sejumlah 32 sampel dari Pusat Darah Malaysia dan Unit Transfusi Perubatan Hospital Melaka yang disahkan positif anti-HCV melalui ujian asai immunopedap rekombinan (RIBA) digunakan dalam kajian ini. RNA telah berjaya diekstrak daripada 30 sampel. RNA virus menjadi templat bagi menghasilkan cDNA dengan menggunakan pencetus heksamer rawak. cDNA tersebut digunakan sebagai templat dalam proses PCR yang pertama, Kaedah PCR-tersarang pula menggunakan produk PCR pertama sebagai templat dan berjaya memencilkan gen separa 5'UTR, teras dan NS5B. Sejumlah 16 jujukan nukleotida 5'UTR didaftarkan dalam NCBI GenBank dengan nombor aksesi.,Master/Sarjana
Pages: 138
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76532+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.