Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463315
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Latiff Mohammad, Prof. Emer. Dato' Dr.
dc.contributor.authorMohd Norfaizal Ghazali (P58859 )
dc.date.accessioned2023-09-25T09:21:36Z-
dc.date.available2023-09-25T09:21:36Z-
dc.date.issued2014-04-09
dc.identifier.otherukmvital:76413
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463315-
dc.descriptionKajian anatomi dan morfologi daun ke atas dua spesies Bouea, sebelas spesies Mangifera dan dua spesies Spondias telah dilakukan untuk melihat perbezaan jenis stomata, struktur anatomi petiol, tulang daun, tepi daun, lamina dan corak peruratan daun. Ciri morfologi yang dicerap di lapangan adalah morfologi daun dan ciri fizikal pokok. Kajian ini bertujuan menggunakan ciri anatomi untuk pengecaman spesies dan genus. Ciri sepunya yang diperolehi dalam kajian ini adalah ketidakhadiran trikom, berkas vaskular gegelang tertutup, lapisan epidermis uniseriat, kehadiran salur resin dalam sel parenkima, corak dinding antiklin adaksial dan kehadiran hablur jenis drus. Trikom tidak hadir dalam kesemua spesies dan genus kajian. Berkas vaskular gegelang tertutup diperhatikan pada kesemua spesies kajian kecuali M. pajang yang menunjukkan berkas vaskular tidak tersusun dan bertaburan. Lapisan epidermis uniseriat diperhatikan dalam keratan rentas lamina kesemua spesies. Hasil kajian juga mendapati kehadiran salur resin adalah ciri sepunya utama bagi semua spesies. Semua spesies kajian menunjukkan corak dinding antiklin jenis lurus dan bak ombak. Hablur jenis drus diperhatikan dalam sel parenkima spesies kajian. Morfologi daun juga berbeza di mana daun eliptik diperhatikan pada genus Bouea, eliptik, ovat dan obovat pada genus Mangifera dan ovat pada genus Spondias. Jenis daun ringkas diperhatikan pada genus Mangifera dan Bouea manakala genus Spondias menunjukkan daun majmuk. Kajian juga menunjukkan susunan daun bertentang diperhatikan pada genus Bouea dan Spondias manakala genus Mangifera menunjukkan susunan daun berpilin. Terdapat empat jenis stomata diperhatikan iaitu anomositik, anisositik, diasitik dan staurositik. Stomata anomositik, anisositik dan staurositik dicerap pada genus Mangifera, diasitik pada genus Bouea dan anomositik pada genus Spondias. Ciri-ciri lain yang mempunyai perbezaan antara spesies boleh digunakan untuk membantu pengecaman. Ciri tersebut adalah corak berkas vaskular pada petiol dan tulang daun, bentuk luar tulang daun dan kehadiran tiang sel serabut dalam lamina. Kesimpulannya kajian ini membuktikan penggunaan gabungan ciri anatomi dan ciri morfologi daun dan fizikal pokok boleh digunakan untuk membezakan genus dan spesies.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectMorfologi dan anatomi
dc.titleKajian morfologi dan anatomi daun bouea, mangifera dan spondias (Anacardiaceae) di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages173
dc.identifier.barcode001273
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76413+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.25 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.