Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463313
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Sahibin Abdul Rahim, Prof. Dr. | - |
dc.contributor.author | Shaidatul Azdawiyah bt Abdul Talib (P52277) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:21:33Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:21:33Z | - |
dc.date.issued | 2014-04-14 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:76410 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463313 | - |
dc.description | Kajian dijalankan untuk meramalkan hasil padi MR 219 yang ditanam secara konvensional dan System of Rice Intensification (SRI) menggunakan perisian Decision Support System for Agro-Technology Transfer (DSSAT 4.5). Ciri fiziko-kimia serta kandungan nutrien tanih di mana padi ini ditanam juga ditentukan. Kajian telah dijalankan di tiga lokasi yang berbeza iaitu Tanjung Karang dan Beranang, Selangor serta Teres R di Plot Percubaan Rumah Tumbuhan UKM. Kaedah SRI telah diaplikasikan di ketiga-tiga lokasi kajian manakala penanaman secara konvensional hanya diaplikasikan di Tanjung Karang dan juga Teres R. Bagi penanaman secara SRI, sebanyak 4 petak sawah yang berukuran 5 m X 5 m setiap satu ditanam dengan anak pokok padi MR 219 pada jarak 30 cm X 30 cm manakala bagi penanaman secara konvensional, anak pokok padi MR 219 ditanam pada jarak 15 cm X 30 cm. Sistem pengurusan tanaman adalah berdasarkan kaedah piawai dalam penanaman secara SRI dan konvensional. Sebanyak 10 pokok padi yang telah matang dipilih secara rawak daripada setiap petak untuk dituai bagi mendapatkan hasil. Sebanyak tiga sampel tanih telah diambil juga secara rawak daripada setiap lokasi kajian pada kedalaman 0-20 cm dan 20-40 cm sebelum penanaman dilakukan. Ciri fiziko-kimia dan kandungan nutrien tanih telah ditentukan mengikut kaedah yang piawai. Kawasan Tanjung Karang mempunyai tanih bertekstur lempung berlodak dan lempung. Tanih di kawasan Beranang pula bertekstur lempung dan lempung berpasir manakala tanih di Teres R bertekstur loam lempung berpasir dan lempung berpasir. Tanih di ketiga-tiga kawasan adalah sedikit berasid dengan nilai pH sekitar 4.4 hingga 5.7. Peratusan bahan organik tanih adalah tinggi di Tanjung Karang iaitu sekitar 10-12%, Beranang di sekitar 9-10% dan agak rendah di Teres R iaitu sekitar 2-4% sahaja. Kekonduksian elektrik bagi ketiga-tiga lokasi kajian berada dalam julat yang hampir sama iaitu sekitar 2000-2500 μScm-1. Kapasiti pertukaran kation adalah tinggi di Teres R iaitu sekitar 5-7 meq/100g diikuti dengan Tanjung Karang sekitar 4-5 meq/100g manakala agak rendah di Beranang iaitu sekitar 2-4 meq/100g. Sulfat mencatatkan bacaan tertinggi berbanding nutrien terlarut lain seperti fosforus, ammonia-nitrogen dan nitrat-nitrogen bagi kawasan Tanjung Karang dan Teres R, manakala fosforus mencatatkan bacaan tertinggi di kawasan Beranang. Kalium pula mencatatkan bacaan tertinggi bagi ketiga-tiga lokasi kajian berbanding nutrien tersedia yang lain seperti magnesium dan fosforus. Di Tanjung Karang, hasil tuaian yang diperoleh daripada penanaman secara SRI adalah 12.6 tan/ha manakala bagi konvensional pula adalah 12.4 tan/ha. Di Beranang pula, kaedah SRI mencatatkan hasil sebanyak 4.7 tan/ha. Bagi Teres R, hanya 5.7 tan/ha dapat diperoleh daripada kaedah SRI manakala tiada hasil diperoleh daripada kaedah konvensional berikutan masalah pengairan yang dihadapi sewaktu proses penanaman berlangsung. Berdasarkan hasil tuaian, dapat disimpulkan bahawa tiada perbezaan hasil yang ketara dapat dilihat antara penanaman dengan kaedah konvensional dan kaedah SRI, namun kaedah SRI masih mampu memberikan hasil walaupun agak rendah sewaktu krisis air berlaku sedangkan tiada hasil dicatatkan bagi kaedah konvensional. Melalui aplikasi DSSAT 4.5, hasil simulasi meramalkan bahawa akan berlaku pengurangan terhadap hasil pengeluaran padi sekiranya berlaku kenaikan suhu global akibat senario perubahan iklim dunia.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | eng | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Padi | - |
dc.subject | DSSAT 4.5 | - |
dc.title | Ciri fiziko-kimia tanih sawah padi dan ramalan hasil padi varieti MR 219 menggunakan perisian DSSAT 4.5 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 138 | - |
dc.identifier.barcode | 001271 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76410+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.06 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.