Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463310
Title: Variasi ruangan dan masa bahan zarahan terampai perairan pesisir pantai Pahang
Authors: Muhamad Nazmi bin Sumardi (P57453)
Supervisor: Muzzneena Ahmad Mustapha, Dr.
Keywords: Zarahan terampai
Issue Date: 1-Jan-2014
Description: Kawasan perairan pesisir pantai Pahang berpotensi menerima ancaman akibat peningkatan penggunaan kawasan untuk penempatan, pertanian, akuakultur dan aktiviti-aktiviti pembangunan yang lain. Impak daripada aktiviti-aktiviti ini dan proses-proses fizikal lautan akan mempengaruhi kawasan perairan pesisir pantai. Variasi ruang dan masa kandungan bahan zarahan terampai dan bahan organik berwarna terlarut di kawasan perairan pesisiran pantai ini serta faktor yang mempengaruhi taburannya telah ditentukan. Pengukuran ciri optikal bahan-bahan tersebut dilakukan menggunakan imej satelit multi-spektral MODIS-Aqua normalized water-leaving radiance (nLw pada panjang gelombang 412, 443 dan 551 nm), klorofil-a, dan suhu permukaan laut (SST) dari Januari 2006 hingga Disember 2010. Siri data harian pada resolusi ruang 1 km dimuat turun dan diproses kepada siri bulanan untuk mendapatkan imej klimatologi menggunakan perisian SeaDAS dan ERDAS Imagine. Kaedah pengelasan dijalankan ke atas siri data nLw (412/443/551) berdasarkan ciri-ciri optikal kawasan perairan pesisir pantai menggunakan imej komposit warna palsu. Analisis Empirical Orthogonal Function (EOF) telah dilakukan bagi menunjukkan variasi ruang dan masa. Lima kelas berdasarkan ciri optikal telah diperolehi untuk mewakili perairan kawasan tersebut. Kelas 1 merupakan kawasan perairan pesisir pantai, Kelas 2 adalah kawasan sisi perairan pesisir pantai, Kelas 3 adalah kawasan perairan pelantar berdekatan pantai, Kelas 4 adalah kawasan perairan pelantar, dan Kelas 5 merupakan kawasan perairan luar pesisir. Pengelasan perairan menunjukkan variasi bermusim dan tahunan yang tinggi. Variasi bermusim diterangkan oleh analisis EOF Mod 1 nLw 551 dengan varians sebanyak 77.38% dan analisis EOF Mod 1 klorofil-a dengan varians 76%. Semasa tempoh Monsun timur laut, Kelas 1 dan Kelas 2 tertumpu di sepanjang pesisir pantai dan ini ditunjukkan oleh EOF Mod 3 nLw 551 yang menerangkan sebanyak 3.17% daripada jumlah varians dan EOF Mod 3 klorofil-a dengan varians sebanyak 2.08%. Semasa tempoh Monsun barat daya, Kelas 1, Kelas 2, Kelas 3 dan Kelas 4 tersebar jauh dari kawasan pantai dan ini ditunjukkan oleh EOF Mod 4 nLw 551 dengan nilai varians sebanyak 1.91% dan EOF Mod 2 klorofil-a dengan 4.18% varians. Pada tempoh peralihan monsun pula, pengelasan menunjukkan keadaan di antara dua monsun dan ini diterangkan pada EOF Mod 2 nLw 551 (4.96% varians) dan EOF Mod 4 klorofil-a (1.37% varians). Perbezaan pada tempoh monsun ini menunjukkan bahawa variasi bahan zarahan terampai di perairan pesisir pantai Pahang dipengaruhi oleh luahan daratan serta proses-proses fizikal dan biologikal yang berlaku di kawasan ini seperti taburan fitoplankton, nutrien, hujan, pergerakan angin dan juga arus lautan.,Master/Sarjana
Pages: 88
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76393+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.