Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463299
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Hasidah Mohd Sidek, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Fariza Juliana Nordin (P45178 ) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:21:11Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:21:11Z | - |
dc.date.issued | 2014 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75409 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463299 | - |
dc.description | Brucea javanica (melada pahit), tumbuhan ubatan yang digunakan oleh masyarakat tempatan untuk merawat kanser, telah diselidiki ketoksikannya terhadap pelbagai jenis sel kanser. Bagaimanapun, mekanisme kematian sel yang terlibat masih perlu diperjelaskan. Kajian ini bertujuan untuk menilai aktiviti antiproliferasi ekstrak metanol B. javanica terhadap titisan sel kanser payudara MCF-7, MDA-MB-231, SKBR3, T47D, serta BT-549 dan seterusnya mengkaji mod kematian yang terlibat. Di antara sel yang diuji, titisan sel kanser payudara MCF-7 paling sensitif terhadap tindakan ekstrak (IC50 = 0.38 ± 0.12 µg/mL) dan dipilih untuk kajian selanjutnya. Walau bagaimanapun, ekstrak tersebut menunjukkan ketoksikan memilih terhadap sel kanser MCF-7 berbanding sel normal MDBK dengan nilai Indeks Memilih (SI) bersamaan dengan 5.26. Pendedahan sel MCF-7 terhadap ekstrak metanol B. javanica mempengaruhi pengekspresan beberapa protein berkaitan kematian apoptosis. Pengekspresan kedua-dua protein kaspase-8 dan kaspase-9 dicerap meningkat sejajar dengan peningkatan dos ekstrak. Namun, pengekspresan protein lain yang terlibat dalam kematian apoptosis seperti p53 dan Bax berkurangan apabila sel didedahkan kepada ekstrak manakala pengekspresan protein Bcl-2 tidak berubah. Melalui analisis morfologi, sel perlakuan yang diwarnakan dengan pewarna Giemsa menunjukkan pengecutan sel dan kondensasi kromatin serta kehadiran jasad apoptosis. Penyerpihan DNA dalam sel yang diberi perlakuan ekstrak tidak dapat dikesan pada elektroforetogram gel agarosa. Namun begitu, pewarnaan nukleus dengan pewarna Hoechst 33258 menunjukkan kehadiran DNA terserpih dan kromatin terkondensasi pada sel apoptosis. Indeks apoptosis juga menunjukkan peningkatan yang berkadar langsung dengan kepekatan ekstrak. Kesimpulannya, data daripada kajian ini mencadangkan aktiviti antiproliferasi ekstrak metanol B. javanica terhadap sel kanser MCF-7 melibatkan mekanisme kematian apoptosis tidak bersandar-p53 dan -Bax hiliran daripada pengaktifan kaspase-8 dan -9. Penemuan ini merupakan bukti eksperimen untuk membangunkan ekstrak metanol B. javanica sebagai agen berpotensi untuk merawat penyakit kanser payudara dan mekanisme antiproliferasi terlibat.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Aktiviti antiproliferasi | - |
dc.title | Aktiviti antiproliferasi ekstrak metanol akar brucea javanica dan mekanisme kematian sel kanser payudara MCF-7 | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 116 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75409+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.