Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463298
Title: | Pencerapan muon sinar kosmik pada aras bumi menggunakan teleskop muon berasaskan tiub Geiger-Muller |
Authors: | Nordiana Mohd Zain (P42218 ) |
Supervisor: | Geri Gopir, Dr. |
Keywords: | Sinar kosmik Cosmic physics |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kajian mengenai muon belum pernah lagi dilakukan di Malaysia. Dengan kemajuan terkini dalam teknologi pengesanan sinaran dan ketersediaan kos rendah pemantau sinaran bukan sahaja membolehkan pengesanan ke atas sinaran radioaktif malahan membolehkan pencerapan zarah kosmik muon di Malaysia. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mencerap hentaman muon pada aras Bumi di Bangi, Selangor dengan koordinat 2.92° U, 101.78° T pada ketinggian 30 meter dari aras laut. Pencerapan muon dilakukan selama 18 bulan bermula dari September 2007 sehingga Mac 2009 dengan menggunakan teleskop muon yang berasaskan tiub Geiger-Muller. Untuk tujuan ini, pencerapan muon setiap sesi pensampelan bermula dengan kedudukan teleskop muon pada sudut zenit 0° dan sudut azimut 0° dalam enam tempoh subsampel berturutan bagi lima minit. Eksperimen kesan penghadangan bumbung bangunan terhadap kejadian muon telah dilakukan dengan pencerapan di dalam dan di luar Makmal Muon yang berada pada aras 3 Bangunan Fizik di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi. Kajian ini juga meninjau kesan masa pensampelan, kesan sudut tuju dan kesan jarak pemisahan dalam teleskop muon terhadap hentaman muon. Statistik pemerihalan dan pentaabiran digunakan untuk menyimpulkan keseluruhan kajian ini. Hasil kajian mendapati tiada perbezaan beerti bagi kesan pemerisaian bumbung apabila ujian-t dua sampel berpasangan bagi purata di dalam dan di luar makmal untuk 5 minit dan 30 minit kejadian muon masing-masing memberikan nilai α iaitu 0.66 dan 0.71. Variasi masa pensampelan juga tidak beerti terhadap kadar hentaman muon dengan nilai α bagi perbezaan sesi dan hari cerapan ialah 0.99 dan 0.13. Hasil daripada ujikaji kesan arah tuju pula mendapati kadar hentaman muon berubah secara kosnθ dengan nilai indeks n adalah 1.79 ± 0.07 dan hanya tertakrif sehingga julat sudut zenit 60° sahaja. Eksperimen kesan sudut azimut pula menyatakan bahawa cerapan muon pada aras Bumi tidak dipengaruhi oleh perubahan sudut azimut dengan nilai α adalah 0.58. Hasil daripada eksperimen kesan jarak pemisahan didapati cerapan muon berkurangan terhadap penambahan jarak pemisahan dalam set teleskop muon dengan koefesien kuasanya β = -1. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya dapat saya simpulkan bahawa kajian kejadian muon pada aras Bumi ini boleh dijalankan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dalam arah zenit terangkum serta dalam mana-mana sudut azimut. Dapat disimpulkan juga bahawa bilangan muon semakin mengecil dalam peningkatan sudut pejal mengikut Hukum Kuasa Songsang.,Master/Sarjana |
Pages: | 91 |
Call Number: | QC484.8.N646 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75408+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.