Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463297
Title: | Pemprofilan protein bagi daun polygonum minus daripada altitud berbeza |
Authors: | Hana Marlin Mahfodz (P43122 ) |
Supervisor: | Roohaida binti Othman, Prof. Madya Dr |
Keywords: | Protein Daun polygonum minus |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Kesum (Polygonum minus) mengandungi pelbagai metabolit sekunder termasuk aldehid alifatik dan terpena yang dikaitkan dengan bau unik tumbuhan ini. Daun kesum yang tumbuh di altitud tinggi didapati kurang aromatik berbanding kesum yang tumbuh di altitud rendah. Perubahan yang dicerap bagi kandungan metabolit sekunder dijangka seiring dengan perubahan pengekspresan protein yang terlibat dalam tapak jalan metabolik bagi metabolit sekunder tersebut. Dalam kajian ini, analisis perubahan protein terhadap altitud berbeza telah dijalankan dengan menggunakan daun P. minus yang hidup di kawasan tanah tinggi (Genting) dan tanah rendah (Lenggeng). Dengan menggunakan teknik proteomik, pengoptimuman kaedah pengekstrakan protein telah dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu kaedah fenol/klorofom, kaedah SDS panas, menggunakan kit pengekstrakan P-Per Plant (Pierce) dan kaedah TCA. Hasil analisis profil elektroforesis SDS-PAGE (12.5%) dan 2D-PAGE menunjukkan kaedah pengekstrakan fenol/klorofom menghasilkan kualiti pengekstrakan protein terbaik. Analisis perbandingan profil pengekspresan protein dijalankan degan membandingkan profil protein bagi daun P. minus dari Genting dan Lenggeng yang menunjukkan sekurang-kurangnya masing-masing 929 dan 940 titik protein telah ditemui dalam daun P. minus dari Genting dan Lenggeng. Analisis kualitatif pula menunjukkan pada perbezaan keamatan sekurang-kurangnya 4 kali ganda dan tahap signifikan 95% (student-t test) terdapat sebanyak 25 titik protein yang menunjukkan pengekspresan meningkat pada profil protein daun P. minus dari Genting manakala 26 titik protein didapati menurun. Sekurang-kurangnya 74 titik protein didapati unik bagi profil protein daun Genting dan 72 titik protein bagi daun Lenggeng. Hasil analisis spektrometri jisim MALDI-TOF MS/MS menunjukkan daripada 367 titik protein yang dicerna, sebanyak 37 titik protein adalah terdiri daripada 14 protein berbeza yang antaranya terlibat dalam fotosintesis iaitu termasuk rubisco aktivase dan ATP sintase dengan tahap pengekspresan meningkat dalam daun P. minus di tanah tinggi. Walau bagaimanapun, analisis pencirian fisiologi menunjukkan bahawa kadar fotosintesis, kadar transpirasi dan kadar konduksi stomata P. minus di tanah rendah adalah lebih tinggi berbanding tanah tinggi. Korelasi antara kadar fotosintesis dengan kadar konduksi stomata pada P. minus tanah tinggi mencadangkan bahawa semasa liang stomata separa terbuka, tumbuhan ini menjalankan proses fotosintesis dengan menggunakan sumber karbon dioksida internal. Hasil kajian ini telah menyumbangkan maklumat baru dalam memahami tindak balas sel P. minus.,Master/Sarjana |
Pages: | 95 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75407+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.97 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.