Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463294
Title: | Kesan perencatan glikogen sintase kinase-3b dengan lithium terhadap mencit terinfeksi-burkholderia pseudimallei . |
Authors: | Jason Tay Teng Foong (P53402) |
Supervisor: | Hasidah Mohd. Sidek, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Burkholderia pseudomallei Penyakit melioidosis |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Burkholderia pseudomallei adalah patogen yang meyebabkan penyakit melioidosis, yang mana infeksi akut mengakibatkan sepsis. Penghasilan sitokin pro- dan anti-inflamasi yang tidak seimbang menyebabkan inflamasi keterlaluan dalam pelbagai organ termasuk limpa semasa infeksi bakteria. Glikogen Sintase Kinase-3β (GSK3β) diketahui mempunyai peranan penting dalam mengawalatur keseimbangan penghasilan sitokin semasa infeksi bakteria. Walaupun perencatan GSK3β dengan LiCl telah dilaporkan dapat menindas infeksi beberapa bakteria Gram negatif, masih belum ada kajian yang dilaporkan dalam kes infeksi B. pseudomallei. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan perencatan GSK3β terhadap kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei; pemfosfatan GSK3β dan aras-aras sitokin dalam limpa mencit. Daripada ketiga-tiga dos yang dikaji (50, 100 and 200 μg/g), dos 100 μg/g LiCl yang diberi kepada mencit terinfeksi-B. pseudomallei (5 X LD50) pada satu jam selepas infeksi dapat meningkatkan kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei berbanding dengan mencit yang diberi dos 50 atau 200 μg/g LiCl. Beban bakteria dalam limpa mencit terinfeksi-B. pseudomallei meningkat dari hari pertama hingga hari ketiga selepas infeksi dalam kedua-dua kumpulan infeksi sahaja dan kumpulan perlakuan 100 μg/g LiCl. Dalam limpa mencit yang diberi perlakuan LiCl, beban bakteria adalah lebih rendah (P<0.05) sebanyak 38 dan 87.1 kali masing masing berbanding dengan limp mencit terinfeksi sahaja pada hari ketiga dan ke-empat selepas infeksi. Analisis western menunjukkan bahawa keamatan GSK3β terfosfat (Ser9) dalam limpa mencit terinfeksi-B. pseudomallei diberi perlakuan LiCl adalah 1.3 kali lebih tinggi (P<0.05) berbanding dengan kawalan. Tambahan pula, aras sitokin pro-inflamasi, TNF-α, IFNγ, IL-1β; dan sitokin anti-inflamasi, IL-10 dan IL-1Ra dalam limpa mencit adalah lebih tinggi (1.3-4.9 kali) secara signifikan (P<0.05) semasa infeksi B. pseudomallei. Perlakuan 100 μg/g LiCl meyebabkan pengurangan aras TNF-α (3.3 kali), IFNγ (2.2 kali) dan IL-1β (2.1 kali); tetapi aras IL-10 dan IL-1Ra ditingkatkan masing-masing sebanyak 1.4 dan 1.3 kali berbanding dengan limpa mencit terinfeksi sahaja. Secara keseluruhan, hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa perlakuan LiCl dapat meningkatkan kemandirian mencit terinfeksi-B. pseudomallei dan perencatan GSK-3β berperanan mengawalatur aras-aras sitokin pro- dan anti-inflamasi dalam limpa semasa infeksi B. pseudomallei.,Master/Sarjana |
Pages: | 81 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75402+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.72 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.