Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463291
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAidil Abdul Hamid, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorVidyah Manikan (P62924)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:21:00Z-
dc.date.available2023-09-25T09:21:00Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:75395
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463291-
dc.descriptionSatu pencilan tempatan (SW1) yang mempunyai morfologi asas menyerupai Schizochytrium limacinum SR21 telah dikaji kebolehannya untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA). Pencirian molekular berdasarkan jujukan RNA ribosom 18S dan perbandingan BLAST (nr/nt) mencadangkan bahawa pencilan ini adalah ahli genus Schizochytrium. Morfologi sel, perkembangan lipid intrasel dan tahap penghasilan DHA oleh pencilan ini telah dikaji dan dibandingkan dengan strain Schizochytrium yang pernah dilaporkan untuk mengumpul jumlah DHA tertinggi, iaitu SR21. Antara empat medium penghasilan yang berbeza dari segi nisbah karbon-kepada-nitrogen, medium yang menyokong tahap pengumpulan DHA tertinggi oleh SW1 dipilih untuk dioptimumkan melalui kaedah perangkaan menggunakan perisian Design Expert (Stat-Ease inc., Version 6.0.4.). Medium yang dipilih itu mengandungi 60 g/L glukosa, 2 g/L ekstrak yis, 8 g/L monosodium glutamat (MSG) dan 6 g/L garam laut. Dalam medium ini, pencilan SW1 telah menghasilkan 3.61 g/L DHA dalam masa 96 j. Rekabentuk faktorial dua aras telah digunakan untuk mengenal pasti komponen medium yang memainkan peranan signifikan dalam mempengaruhi jumlah biojisim serta pertausan lipid dan DHA terkumpul. Dalam eksperimen ini, glukosa, ekstrak yis, MSG dan garam laut didapati memainkan peranan signifikan (P<0.05) dalam mempengaruhi satu atau lebih daripada tiga gerak balas yang dikaji. Plot interaksi dan gerak balas permukaan telah digunakan untuk mengenalpasti corak interaksi antara gabungan komponen yang signifikan. Maklumat yang diperoleh daripada plot-plot tersebut digunakan untuk menentukan julat komponen medium yang sesuai untuk dioptimumkan melalui kaedah gerak balas permukaan. Rekabentuk gubahan memusat (CCD) telah digunakan untuk membuat analisis regresi terhadap jumlah penghasilan lipid dan kandungan DHA, seterusnya untuk mencadangkan kombinasi medium yang optimum untuk penghasilan DHA oleh pencilan ini. Medium yang dioptimumkan itu mengandungi 60 g/L glukosa, 2 g/L ekstrak yis, 24 g/L MSG dan 6 g/L garam laut. Dalam medium ini, SW1 telah menghasilkan 4.21 g/L DHA, hampir setara dengan nilai anggaran perangkaan, iaitu 3.90 g/L. Pengkulturan dalam medium optimum ini dijalankan semula dalam bioreaktor 5L untuk menguji kesesuaian persamaan regresi yang dijana oleh perisian untuk menganggar jumlah penghasilan DHA dan keberkesanan medium optimum ini dalam skala yang lebih besar. Dalam eksperimen ini, sebanyak 4.5 g/L DHA telah dihasilkan, setara dengan penghasilan dalam kultur goncangan. Secara keseluruhannya, jumlah DHA yang terhasil dalam pengkulturan menggunakan medium optimum adalah 25% lebih tinggi daripada penghasilan dalam medium asal. Ini menunjukkan bahawa potensi penghasilan DHA oleh Schizochytrium sp. SW1 boleh dibangunkan supaya mencapai tahap produktiviti yang lebih baik.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSchizochytrium
dc.subjectDocosahexaenoic acid
dc.titlePengecaman Schizochytrium sp. SW1 dan pembangunan medium untuk penghasilan asid dokosaheksanoik (DHA)
dc.typetheses
dc.format.pages110
dc.identifier.callnoQP752.D63V534 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75395+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.53 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.