Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463289
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahibin Abd Rahim, Prof Dr
dc.contributor.authorAhmad Adnan Mohamed (P46862)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:20:57Z-
dc.date.available2023-09-25T09:20:57Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:75386
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463289-
dc.descriptionPenentuan kandungan karbon organik tanih bagi ekosistem hutan tanah tinggi dan ekosistem hutan tanah rendah terpilih di Semenanjung Malaysia telah dijalankan. Hutan Bukit Jeriau, Bukit Fraser, Pahang telah dipilih untuk mewakili ekosistem hutan tanah tinggi manakala Hutan Simpan UKM, Bangi, Selangor dipilih untuk mewakili ekosistem hutan tanah rendah. Kajian bertujuan menentukan perubahan kandungan karbon organik tanih (SOC) berdasarkan musim basah dan kering dan mengkaji pergerakan SOC mengikut profil bagi kedua-dua kawasan yang telah dipilih. Plot berukuran 100m x 100m dibina di kedua-dua kawasan persampelan. Persampelan dilakukan sebanyak empat kali di plot Bukit Fraser dan dua kali di plot Hutan Simpan UKM dari bulan Oktober 2008 hingga bulan April 2010 yang mewakili kitaran musim basah dan kering. Ciri fiziko-kimia tanih yang mempengaruhi kandungan karbon seperti pH, kandungan air tanih segar, ketumpatan pukal, taburan saiz partikal, bahan organik tanih dan kekonduksian elektrik tanih turut ditentukan. Kandungan SOC ditentukan menggunakan kaedah Walkley-Black. pH tanih ditentukan dalam air suling. Kekonduksian elektrik ditentukan melalui kaedah ekstrak gipsum tepu. Penentuan taburan pertikel saiz melalui kaedah pipet dan ayakan kering, ketumpatan pukal melalui kaedah selaputan lilin dan kandungan air tanah segar ditentukan berdasarkan gravimetri. Nilai purata jumlah kandungan SOC pada kedalaman 1 m di plot Bukit Fraser pada musim basah adalah 258.51 tanC/ha dan 216.29 tanC/ha pada musim kering. Di plot Hutan Simpan UKM, kandungan SOC pada musim basah adalah 197.47 tanC/ha dan 116.05 tanC/ha pada musim kering. Kesemua nilai ini menunjukkan bahawa kandungan jumlah karbon organik (TOC) pada musim basah lebih tinggi berbanding musim kering di kedua-dua plot persampelan. Ekosistem hutan tanah tinggi mempunyai kandungan TOC lebih tinggi berbanding ekosistem hutan tanah rendah. Kandungan SOC tertinggi pada kedalaman 0-20 cm dan berkurang menuruni kedalaman pada setiap musim persampelan. Nilai tertinggi adalah pada persampelan musim basah 102.54 tanC/ha di plot Bukit Fraser dan di plot Hutan Simpan UKM adalah 69.39 tanC/ha. Pada persampelan musim kering pula nilai tertinggi pada kedalaman 0-20 cm adalah 86.38 tanC/ha di plot Bukit Fraser dan 33.52 tanC/ha di plot Hutan Simpan UKM. Ini bermakna nilai kandungan karbon pada kedalaman 0-20 cm lebih tinggi di plot Bukit Fraser berbanding Plot Hutan Simpan UKM. Nilai pH tanih adalah berasid pada kedua-dua plot. Nilai kekonduksian elektrik lebih tinggi di plot Bukit Fraser, coraknya adalah menurun mengikut kedalaman dengan julat. Jenis tanih pada plot Bukit Fraser didominasi oleh jenis Pasir Berlodak dan lom lempung berlodak manakala di plot Hutan Simpan UKM pula oleh lempung dan lom lempung berpasir. Ketumpatan pukal di kedua-dua plot berjulat diantara 1.02 gcm-3 hingga 1.04 gcm-3. Taburan dan keadaan simpanan SOC dalam tanih adalah penting untuk difahami kerana kepentingan peranan SOC pada ekosistem dengan kadar suap balik pada takungannya memberi kesan terhadap perubahan iklim.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectEkosistem hutan
dc.subjectOrganic compound content
dc.titleKajian penentuan kandungan karbon organik tanih pada ekosistem hutan tanah tinggi dan hutan tanah rendah terpilih di Semenanjung Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages86
dc.identifier.callnoS592.6.C35A377 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75386+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.