Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463287
Title: Model pengelasan berasaskan web dalam persekitaran teragih
Authors: Ting Ah Choo (P57193)
Supervisor: Elankovan Sundararajan, Dr.
Keywords: Model pengkelasan
Computer architecture
Issue Date: 2014
Description: Kini, manusia berkembang bersama dengan teknologi dan permintaan terhadap teknologi turut meningkat daripada sekadar asas kepada yang lebih cekap seperti kuasa pemprosesan dan keupayaan menyelesaikan masalah. Dengan wujudnya perkomputeran berprestasi tinggi, masa dan kelajuan pemprosesan perlombongan data besar dapat ditingkatkan. Masalah pemprosesan data besar tidak boleh diselesaikan dengan satu mesin sahaja disebabkan oleh kekangan ingatan dan bilangan pemproses yang sedikit. Walaubagaimana pun, penggunaan superkomputer yang berkuasa tinggi akan melibatkan kos yang sangat tinggi. Untuk mengurangkan kos, maka sekumpulan komputer teragih dengan daya pemprosesan tinggi boleh digunakan untuk menjalankan fungsi pemprosesan selari dengan kadar kelajuan yang hampir sama dengan superkomputer. Oleh itu, kajian utama adalah untuk membangunkan model pengelasan dalam persekitaran teragih melalui portal Web dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah pengelasan berlainan. Jenis kaedah pengelasan yang ada seperti Bayes (AODE, Naïve Bayes, WAODE), Function (logistric, multilayer perceptron), Trees (Id3, J48, Ramdom Tree), dan Rules (OneR, ZeroR). HTCondor sebagai perisian daya pemprosesan berprestasi tinggi digunakan untuk mencapai pemprosesan prestasi tinggi dengan melibatkan penggunaan banyak komputer peribadi secara selari atau serentak untuk menyelesaikan masalah besar. Dalam kajian ini, teknik perlombongan data dengan pengabungan ke dalam persekitaran teragih telah digunakan untuk meningkatkan prestasi teknik pengelasan yang ada dalam WEKA versi 3.6.0 dengan peratusan pecahan bagi data latihan dan data uji. Aplikasi berasaskan Web dibina dengan menggunakan PHP (Hypertext Preprocessor), HTCondor sebagai sumber teragih mengedarkan tugas dan WEKA menjalankan tugas perlombongan data dibelakang. Pengguna dibenarkan untuk memuat naik data mereka dan menukar tetapan parameter. Sembilan set hasil keputusan boleh diperolehi dalam satu sesi berbanding satu keputusan sahaja dari komputer dengan pemproses tunggal.Keputusan yang diperolehi ini menunjukkan masa pemprosesan perkomputer erprestasi tinggi adalah lapan kali lebih cepat daripada kaedah biasa dan nilai faktor kecepatan serta faktor kecekapan adalah seperti dalam jangkaan.,Master/Sarjana
Pages: 116
Call Number: QA76.5.T537 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75382+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.24 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.