Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463286
Title: | Pengenalpastian spesies daging dan makanan terproses menggunakan kaedah tindakbalas berantai polimerase-polimorfisme panjang serpihan penyekatan (PCR-RFLP) |
Authors: | Wan Sakeenah Wan Nazri (P51348 ) |
Supervisor: | Sahilah Abd. Mutalib, Dr. |
Keywords: | Tindakbalas berantai Polymerase chain reaction |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Pengenalpastian spesies daging dan pengesanan pengadukan makanan telah dijalankan ke atas sampel daging mentah dan makanan terproses menggunakan kaedah tindak balas berantai polimerase - polimorfisme panjang serpihan penyekatan (PCR-RFLP). Sejumlah 11 sampel daging mentah (n=11) yang terdiri daripada sembilan sampel daging komersial iaitu kerbau India (Bubalus bubalis), lembu (Bos taurus), lembu jantan (Bos taurus), kambing (Capra hircus), biri - biri (Ovis aries), babi (Sus scrofa domesticus), ayam (Gallus gallus), burung puyuh (Coturnix coturnix communis) dan ayam belanda Melleagris gallopavo) serta dua sampel daging haiwan liar iaitu rusa (Cerves unicolor equines) dan babi hutan (Sus scrofa linnaeus) telah dikaji. Tiga pasang primer DNA mitokondria (mtDNA) telah digunakan untuk mengamplifikasi DNA iaitu primer sitokrom b (sit b), gelung-D dan 12S rRNA. Hasilan amplifikasi PCR (amplikon) kemudiannya dianalisis melalui pencernaan tunggal oleh lapan enzim (AluI, AvaII, BamHI, BsaJI, EcoRI, HaeIII, HindIII dan MboI). Dalam kajian PCR-RFLP, amplikon sit b biri - biri boleh dibezakan dengan menggunakan BamHI, manakala HaeIII membezakan amplikon spesies biri - biri dan ayam belanda. Amplikon sit b kumpulan spesies Sus scrofa, iaitu spesies babi dan babi hutan, juga boleh dibezakan daripada spesies - spesies daging mentah yang lain, dengan menggunakan enzim AluI, BsaJI dan HaeIII. Primer gelung-D yang spesifik spesies hanya boleh mengamplifikasi DNA kumpulan spesies Sus scrofa dan amplikonnya hanya boleh dibezakan dengan menggunakan enzim MboI. Analisis PCR-RFLP menggunakan primer 12S rRNA menunjukkan AluI dapat membezakan biri - biri, ayam, puyuh, ayam belanda dan kumpulan spesies Sus scrofa daripada spesies - spesies daging mentah yang lain. Manakala AvaI dan MboI masing-masing, boleh membezakan puyuh dan ayam. Kajian pengesahan makanan ke atas 12 produk makanan (daging babi cincang dengan taucu, 2 jenis kiub daging babi berempah, daging babi rebus, daging babi dengan rebung, sarang burung kering terproses, sarang burung tulen, serbuk rempah ratus kari, serbuk rempah kari pedas, burger ayam, char siu ayam, sosej ayam Taiwan) mengesahkan tiada pengadukan daging dalam kandungan produk makanan kecuali pada sampel sarang burung kering terproses yang dikesan mengandungi DNA daripada sumber bovin. Kajian pengesanan had bawah PCR-RFLP ketiga - tiga pasang primer menunjukkan primer yang berlainan mempunyai had bawah yang berbeza dengan primer 12S rRNA mempunyai had bawah terendah iaitu 0.1 ng. Pengesanan DNA spesies babi dalam campuran DNA menggunakan analisis PCR-RFLP primer gelung-D pula berjaya sehingga 0.05 ng kepekatan akhir DNA babi. Oleh itu, dalam kajian ini, kaedah PCR-RFLP berjaya mengenalpasti dan mengesahkan spesies dalam sampel daging mentah dan produk makanan terproses. PCR-RFLP sesuai digunakan untuk pengenalpastian spesies daging, akan tetapi, analisis PCR sahaja sudah memadai untuk mengesan komponen spesies babi dalam makanan.,Master/Sarjana |
Pages: | 119 |
Call Number: | QH447.6.W343 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75379+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.26 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.