Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463284
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Nizam bin Mohd Said, Prof Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mazlin Kusin (P46455) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:20:49Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:20:49Z | - |
dc.date.issued | 2014 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:75376 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463284 | - |
dc.description | Satu kajian telah dijalankan di suatu hutan pusingan kedua di Jengka, Pahang untuk menentukan struktur komuniti pokok serta melihat taburannya berkait dengan faktor tanah. Sebanyak 40 buah plot dengan setiap satu berukuran 20 m × 25 m (0.05 ha) telah ditubuhkan secara persampelan sistematik rawak yang memberikan keseluruhan kawasan persampelan seluas dua hektar. Persampelan pokok telah dijalankan bagi pokok berdiameter 5 cm dan ke atas dalam kesemua 40 plot. Sampel tanah juga dikutip daripada semua plot dan sampel dianalisis untuk menentukan tekstur, pH, ciri kimia, makronutrien tersedia (Mg, P, K) dan nitrogen tak organik (NH4-N, NO3-N). Sejumlah 2561 individu pokok telah direkodkan yang merangkumi 62 famili 207 genus dan 564 spesies. Euphorbiaceae merupakan famili terbesar yang diwakili 28 genus dan 77 spesies daripada 621 individu yang dicerap, manakala Syzygium (Myrtaceae) adalah genus terbesar dengan bilangan 22 spesies. Kepadatan keseluruhan dirian pokok dalam plot kajian adalah sebanyak 1281 ind/ha dan famili Euphorbiaceae menunjukkan kepadatan yang tertinggi dengan bilangan 311 ind/ha. Pada peringkat spesies pula, Elateriospermum tapos (Euphorbiaceae) mempunyai kepadatan tertinggi dengan 35 ind/ha, manakala Mallotus (Euphorbiaceae) merupakan genus terpadat diwakili dengan jumlah 173 individu keseluruhan atau 87 ind/ha. Famili dan spesies yang terpenting berdasarkan nilai kepentingan (IVi) tertinggi adalah Euphorbiaceae dan Elateriospermum tapos (Euphorbiaceae) dengan IVi masing-masing ialah 14.54% dan 2.21%. Jumlah keluasan pangkal pokok dalam plot kajian adalah 40.02 m2/ha, yang mana famili Dipterocarpaceae mempunyai keluasan pangkal terbesar dengan 10.05 m2/ha, manakala pada peringkat spesies, Shorea leprosula (Dipterocarpaceae) menunjukkan keluasan pangkal terbesar bernilai 1.98 m2/ha. Nilai Indeks Kepelbagaian Shannon (H') yang diperoleh daripada kajian ini dalam plot seluas dua hektar ialah 5.75 (H'maks = 6.33). Jumlah biojisim pokok yang diperoleh dalam kajian adalah 674.48 tan/ha dan Dipterocarpaceae merupakan famili yang menjadi penyumbang utama dengan anggaran sebanyak 204.93 tan/ha. Pada peringkat spesies, biojisim yang tertinggi dicatatkan oleh Shorea bracteolata dengan anggaran 45.23 tan/ha. Analisis tanah menunjukkan tanah Hutan Simpan Jengka didominasi oleh tekstur lom liat. Tanah di kawasan ini berasid dengan nilai pH antara 4.22 hingga 5.11. Nutrien tersedia mempunyai julat kepekatan rendah hingga tinggi. Analisis Kesepadanan Kanonikal (CCA) menunjukkan korelasi spesies-persekitaran dengan nilai eigen paksi pertama dan kedua masing-masing ialah 0.466 dan 0.362. Ordinasi CCA bagi komuniti pokok dengan variabel tanah menunjukkan beberapa spesies pokok adalah berkait rapat dengan faktor tanah seperti pH tanah, nitrat-nitrogen, bahan organik, Mg dan Ca2+.,Master/Sarjana | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Struktur komuniti pokok | - |
dc.subject | Plant communities | - |
dc.title | Struktur komuniti pokok, taburan dan hubungan dengan faktor tanah dalam hutan pusingan kedua di Jengka, Pahang | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 173 | - |
dc.identifier.callno | QK365.M349 2014 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003156 (2014) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75376+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.